Friday, December 31, 2010

miss-i-know-everythang ~ Mamak!


hello yu alls! missed you guys sooo much! :) td i lepak2 dengan kawan i. ala si pemilik blog ni la sapa lagi kan? so dia pun bgtaw la pengalaman lucu cia hari ni. i sekadar nak kongsi la dengan yu alls kan. siap ade lukisan lagy yu. jgn main2 okay yu. bayangkan i sebagai kawan i tu. okay? mari mari baca-baca! :)

ptg yu kawan i tu g la dengan kawan dia lagi satu nak lepak dengan kawan dia yang lagi satu. fenin? okay kita namakan mereka A, B dan C.

A dengan B tiba di tempat yang dijanjikan lebih awal. mereka pun p la mamak jap igt nak order dulu sementare nak tunggu kawan mereka, C.

kemudian, makanan pun tiba. tapi si C tak tba-tiba lagy.


mereka pun mengunggu....

tidak berpuas hati kerana musykil ke mana hilangnya kawan mereka si C tu, maka pesanan ringkas pun dihantar.


agak-agak lebih sepuluh minit menunggu, sedar tak sedar, makanan pun hilang sedikit demi sedikit...

setelah beberapa minit mengunggu dah leher pun dah teleng sebab asyik dok panjangkan leher untuk menanti kemunculan kereta si C ni, maka satu lagy pesanan ringkas dihantar.





maka, si C pun turun kereta p carik si A dan B. terkejut dia melihat rakan-rakannya telahpun hampir menghabiskan makanan masing2. walhal pd perkiraannya, mereka baru saja sampai.

rupa2nya...

dia dah lama sampai tapi igtkan si A dan B tak sampai lagi jd tunggu la sampai mereka tiba. yang si A dan B ni pulak tak taw si C tunggu mereka dahulu. jd beberapa minit telah dibazirkan dek kerana miscommunication. yg sorang dok tunggu dalam kereta, yang lagi dua dok menguyah kat kedai! hahahahaha! kesian2.

lawak tak? i gelakkan kawan i smpai terguling.
tak lawak? kesian yu alls!

Sunday, December 26, 2010

miss-i-know-everythang ~ Comments

haluuuuuuuu yu alls! miss me? yu should okay? i miss yu too! i ada benda nak cakap sebab tu muncul! yu taw la kan i menumpang kat blog orang lagi. blog i dah nak launch hari tu tapi macam tak best pulak. tumpang orang lagy best. orang kata, rezeki jangan ditolak. eh ade kaitan ke? teeettt!

i benci gila sama orang yang bengap komen kat fb ni. kita cerita pasal fb la ek. dulu zaman batu boleh la cerita pasal myspace ke. friendster ke. i pernah ada friendster tpi dah ditinggalkan. so, takyah komen pasal friendster la.

tapi i cakap dengan yu alls, myspace dah membuatkan i blur dah sejarang ni. entah apa nak dibuat. dah koring idea dah agaknya. i mean, maintain je la rupe asl. better what. dari yang sekarang ni yang macam haram jdh ke.

eh tersasar topik pulak. sorry yu alls! hehe!

so, i sbenarnya nak cakap pasal orang yang tak tentu-tentu komen kat fb ni. ada banyak jenis yang i benci taw. meh, i buat list baik punyer, okay?


Jenis-jenis orang yang bengap komen.

#Orang yang tade mood nak comment tapi nak reply jugak.
i paling menyampah orang macam ni. okay fine, i taw yu letih. or bad mood. or PMS. or apa-apa alasan yang yu alls ada la. lepas tu reply mcm haram. nak tak nak je. i make me feels bad taw? rasa macam i cakap sorang2. kesian kan i? sebab tu i ta suke. bayangkan i ceria-ceria je reply. yang disana tu reply sepatah dua je. rasa nak debik, kan?

contoh :

i : wah! baru balik londong ke? mesti best kan? eee jelesnyeee!

yu : yeah. okay la.

i : beli ape je? flight okay? skrg tgh musim apa ek?

yu : beli macam2. *tepuk dahi lepas tu bunuh diri*

i : ow.. macam2 tu ape?

yu : ntah la. ade la brg2 i beli sikit2.
i : okay. *wtf?*

yu : okay.

i : *blah pegy buat milo panas*

*********************************

#Orang yang lupa reply.
ni i tak benci la. tapi just ralat kalau it happens. sebab kalau i tunggu, i tunggu lama2. takot2 orang tu reply nanti ke kan. tapi kalau i memang tak tunggu, takpa la! hehehe! tapi i benci kalau dah lupa reply, g reply orang lain punya! owww sakit hatiku ini! kadang2 i pun jahat jugak. kalau dia lupa, i pun buat2 lupa! haha revenge konon! lepas tu i yang busan sebab dah tade sape nak layan i. *background music loser*

*********************************


#Orang berasmara dana / berperang dunia kat comments.
hello? ingat aku nak taw pasal hidup kau? bukan i dengki okay? sbb bayangkan itu post i. then si A comment. i pun reply. keadaan okay buat seketika dengan adegan komen-mengomen dari kedua-dua pihak. kemudian datang pulak si B yang merupakan pasangan si A. mereka pun komen2 lalu mungkin terdapat perselisihan faham. gaduh. aku punye wall penuh. wtf? lepas tu kalau nak best lagy, siap putus kat wall i.

contoh :

klik gambar rajah untuk yg rabun.

or yg ini :

macam2 jenis org kat fb ni kan? sbr je la aku. dugaan bak kata org! hehe! ape2pun, aslkan kite berhemah kat fb suda. jangan cari hal kat fb. jgn pulak sbb fb, bwk geng g gaduh2 besar belakang sekolah. tak kelas okay. gaduh la DEPAN SEKOLAH. baru jantang. pffft.

tapi yg paling EPIC ialah :




Tuesday, December 21, 2010

a note


okay people, Miss-I-Know-Everythang called me yesterday. and told me that she wanted to be one of the writers for this blog. i don't know whether i should let her do it or not coz she'll definately post up something wacky and bizzare.

but she told me she'll pay for anything that i wanted to buy, so i guess she'll be posting something from time to time. hope you guy enjoy her blabbering, okay?

anything posted by her would surely has her name on it. coz i don't want you guys to be confused. i will never post up something to wacky and weird like hers. never.

adios amigos.
p/s : i'll post something too. don't worry. the blog is still mine.

a minute (or more!) with miss-i-know-everythang.


okay enuf with da emo-ness entry. forget about it for a while. kita enjoy dulu okay.

todays, i selaku penasihat yu alls, nak bagi sedikit nasihat. i kan miss-i-know-eveythang. so, listen to me okay?

baru-baru ni ada kawan i. tataw la apa nasib dia sebab terpaksa encounter perkara menyusahkan ni. yu alls taw tak dia kene psycho-attack?

what the hell is it?

well, yu alls. psycho-attack ialah satu term yg baru i cipta. well * i kene copy paste perkataan psycho-attack ni sebab malas nak fikir la nak taip psycho tu * so biar i buat FAQs untuk yu alls kay? senang nak baca.


Q : what's a psycho-attack?

it's when you have an attack la what else kan. ape la yu alls nih.

Q : who is the attcker?

the psycho lah. who else.

Q : what will the psycho do?

attack you. hello?

okay, yu alls jangan risau. i akan explain more okay. kawan i ni actually dihantui oleh seorang mamat yg psycho ( wtf? ni pun aku copy paste?) yang tak henti meluahkan perasaan walaupun kawan i ni tak suka dia.

i mean, if u're not favoured, get away la, okay? dah org tak mau, jgn diminta lgy dah.


so what do you do if you're in this situation?

Pretend yu dah mampus.

buat-buat la drama sikit. like, suruh abang yu ke pakwe yu ke menyamar jd orang yang beritahu u dah mampus. i mean, lakonan je kannsss? pastu buat-buat la facebook untuk tribute kat yu. lagy REAL okay.

Calls

bila next time dia call yu, angkat lepas tu cakap tamil. or buat slang-slang sewaktu dengannya. works fer me. pernah buat okay. kawan i buat, pastu terus mamats tu hilang. ow yeah bebeyh! :)

Kalau dia lalu depan rumah

bila nampak saja dia, yu buat-buat jatuh lepas tu act mcm yu alls tgh sawan. tak pun menggila ke. lagi best kalau yu alls ada masa, patah balik masuk rumah amik parang daddy yu alls yang gedabak tu. bila dia lalu, ha buat-buat la aksi tengah asah parang gedabak. gerenti buley buat si psycho tu lari.

Yu kata yu lesbian.

dah banyak kali i pakai. sometimes it works. sometimes, it doesn't. paling tragis ialah bila i cakap i lebian, mamats ni pulak nasihat i baik punya. ceramah lagy tu okay. i untung sebab tambah koleksi jokes i.

Yu cakap yu transvestite.

ow yeah cakap la dulu yu jantang. tapi dah bertukar angin.


Yu cakap la yu dah nak kahwin.

cakap la semua persediaan dah siap. dah nikah dah pun tinggal nak sanding je. EPIC okay. pastu pinjam baju nikah akak or mak, pose sikit dengan jantang mana-mana. pastu post cepat-cepat la kat FB korg.

Kalau dia nak attack jugak walaupun dah taw yu nak kahwin?

kahwin la cepat-cepat pastu gi HONEYMOON for a month. balik pastikan ada ole-ole dalam perut tu. advantage bagi yu okays.

okay. harap yu alls manfaatkan nasihat i kali ini. buybhye lovesss muachhhxxxxxxxx
xoxo
yu know yu love me.


Sunday, November 14, 2010

kenduri gambar


kami si gilakan buku. di mana ada jualan buku murah, di situlah kami. mph warehouse sale yang lalu, bertimbun buku dibeli. kali ini, big bad wolf books.satu beg ikea penuh sampai tak terbawak. tidak sempat nak beritahu kepada kalian kerana tahu mengenai sale ini di saat-saat akhir. sama-sama kita tunggu yang akan datang.

feast.












burrrrppppppp.. kenyang?

Thursday, November 11, 2010

kanda jangan pernah pergi lama



it's jay's first time collaborating with ryan and wongfu productions. and it was superb :) looking forward for more from jay :) and of course can't wait for ryan's new vids wey :)

PANAS PANAS PANAS



all that i wanted, for now :)

okay dang, it's official. i really need a new piercing right now. okay not right now but soon. pretty soon. and i miss my tongue piercing dearly. awwwww shouldn't have took it out.

and i wonder how can we be addicted to piercings? you tell me :)


and i want this as bad as i want the tongue piercing :)


apart form that, i am now funding some money ( no more pocket money cuz i'm on holiday now. sob sob) for a new interest. actually, it's not really new but i guess the passion just popped out of no where, again.


damn how i wish i could get back what you owed me.




pengakuan

wah hilang sangap nak online. setelah sekian lama aku dipaksa menjadi orang batu tanpa privilege untuk berada di atas talian, kini semua itu sudah berakhir.

tapi tak ada internet pun aku tak kesah... ( yeah, right!)

di hari pertama aku dapat tahu aku tidak boleh online sehingga satu tempoh yang belum pasti. masih cool, masih maintain sabar lagi. but not for long.........


perlu aku ulas lebih panjang? pasti kau orang paham aku rasa, bukan?

adios amigos :)

Friday, October 22, 2010

benci versus cinta

"dulu-dulu benci gila babi. sekarang suka gila babeng"

pernah alami tak benda sebegitu? haha! aku pernah. banyak kali. kadang-kadang tu kita benci sangat kat satu benda atau situasi atau orang, sampai satu saat, kita jadi suka tangkap lentok. aku pernah kena tiga-tiga kategori ni.

  • benda

  • selalunya bila dah diberi satu benda tu, lumrah la kalau ada yang kita ta minat. malah, kadang-kadang apa yang kita beli pun kita ta suka (pelik). dulu pernah aku belikan crocs malindi kalau tak silap (kaler oren). aku punya benci kat kasut tu. aku fikir benda tu memang nampak buruk la. dengan kaler striking ala nak bagi semua orang nampak. masa tu pulak crocs ni tak common lagi. masih hangat-hangat lagi. malu jugak nak pakai dulu-dulu. lepas tu, bila masuk utar, takdak kasut lain nak pakai pegi campus. crocs oren tu je la yang ada.

    nak taknak, haruslah pakai. lagipun mak aku tataw la yang aku ta suka kasut tu. kalau taw mesti dia tibai aku dengan kasut tu.. hahaha!

    bayangan situasi yang akan berlaku...

    lama-kelamaan, benci jadi cinta (ewah). suka sangat kat kasut tu sampai sangap kalau tak pakai (tipu). memang striking dan orang jadikan kasut aku tu trademark aku.

    amorn = crocs oren striking gila macam la dia seorang saja yang ada crocs

    dan aku bangga ada crocs tu. walaupun ada orang kata huduh dan 'clumsy' =.=

    dan aku masih cintakan kasut itu sampai sekarang. walaupun dah haus sikit, aku pakai jugak bila aku perlu kelihatan ala-ala feminis sikit.

  • situasi

  • contoh situasi yang aku tak pernah suka tapi lama-lama jadi cinta ialah kepermegianku ke kampar. dulu aku benci gila kampar. macam mana bencinya kolonel keyepsi benci kat ronald mekdonel. macam mana bencinya katy (kucing aku) terhadap air.

    pokoknya, memang aku benci hinga tak terkata!

    kena tinggal kat kampar, memang la ta suka. nak bagitaw, malu. nanti apa kata mamapapa. macam budak kecik.


    tapi itu dulu. zaman-zaman baru keluar rumah dan jauh dari ketiak mak. sekarang tidak lagi. aku dah tak benci kampar dan kata, "i hatechu kampar". kini aku selalu kata "i misschu kampar".

    kini ada kawan-kawan dan aktiviti-aktivit menarik yang buat aku tak benci kampar. kawan-kawan yang cukup baik dan memahami memang banyak membantu proses menyesuaikan diri.

    padahal kami sama-sama rindu rumah =.=

    kawan-kawan inilah yang ada bersama sentiasa. dan aku sayang kat mereka :) rindu pulaks :)

    dan aku sangat bersyukur berjumpa dengan mereka-mereka ini yang menjadi sahabat setia.

  • orang

  • dulu kan, i benci sangat kat dia tu. menyampah gila la. asyik kacau i ja. ish i taw la i ni lawa. mesti dia tak tahan tengok perempuan lawa macam i kan?

    benci benci benci!

    tup tup kahwin. okay, ini memang bukan cerita aku.


    dah kering otak okay babai ;)


    Friday, October 8, 2010

    sampainya hatimu



    muka suci rasa macam nak tampaq ja. tapi bila nek hangin, tak puas hati ada kucin len kat tempat dia, balanya bukan main lagi teruk!




    siap g klinik bagai. sabor je la. nasib aku syg kau katy. kalu ta, memang dah kena babap! hahahahahaha :)

    Wednesday, September 22, 2010

    kepingan


    bila hati berkeping-keping
    retak dihempas oleh kau
    aku hanya tersenyum
    "biarlah. ini baru pertama kalinya" kata aku

    aku membongkok-bongkok
    kutip semula keping-keping itu
    lalu aku tampal semula
    dengan segala memori yang selama ini ada

    nafas panjang mengiringi
    aku kejar kau semula
    dengan hati yang baruku tampal

    dan bila hati ini berkeping semula
    kau pula yang kutip
    bahagia sungguh aku rasakan
    walaupun hati aku berciciran jatuhnya

    kemudian kau tampalkan
    kau baiki
    baik seperti sedia kala
    kukuh seperti selalu

    dan sesungguhnya seolah hatiku ini
    memang takdirnya hanya untuk dihempas
    sekali lagi hatiku berkeping
    malah ada kepingan yang hilang
    dihempas terlalu kuat, barangkali

    kau cuba kutip
    kau cuba cari
    kau cuba tampal
    kau cuba baiki

    tapi hatiku ini sudah rapuh
    tiada gam yang bisa mencantum
    tiada kata yang bisa menyembuh
    kepingan itu bagaikan sudah tidak mahu bersama lagi

    lalu aku biarkan kepingan itu
    bertaburan di hadapanmu
    cubalah walau sebanyak mana yang kau mahu, sayang
    cubalah baiki hatiku itu

    lalu kepingan itu aku tinggalkan
    hatiku kini tiada
    biarlah dadaku kosong saja
    supaya tiada lagi hatiku ini berkeping
    supaya tiada lagi hatiku ini sengsara.

    biarkan.

    pertarungan hebat


    kisah bapaku kena buli sama katy. eh bukan bapak aku buli katy. katy buli dia. hebat kan?

    katy lompat atas katil bapak aku. bapak aku sedang kusyuk la baca buku dia tu. sedar-sedar katy dah berada di atas katil, betul-betul dekat kaki dia. sebagai kucing yang garang, katy ni pantang kalau takda orang layan dia. dia mesti cari kaki atau tangan untuk digustikan. bukan takat gusti, cakar dan gigit turut terlibat!

    kau check tengok tangan-tangan keluarga aku. penuh calaran gigitan beb!

    lepas tu, katy mula la bengang sebab bapak aku buat ta tahu je dengan dia. maka, dengan segala kuasa dia pun cuba nak menerkan tangan bapak aku.

    tapi bapak aku lagi pantas woo! dia pun bukak langkah! macam pahlawan la beb!

    tangan yang di-aim katy tu bapak aku tarik cepat-cepat. lalu menerpa katy. lalu tangan yang ada tu dia pun attack katy!

    dah macam wrestling dah ni!

    bapak aku pun sua tangan. agak-agak nak bagi penampo kot!

    kemudian......................................................


















    bapak aku pun membelai la si kucing bertuah tak sedaq diri tu. dengan harapan katy bertenang dan melupakan hasratnya untuk menerkam kaki dan tangan bapak aku.

    bijak kan bapak aku?


    Tuesday, September 21, 2010

    teknologi versus nenek

    tadi aku terdengar wawancara di televisyen mengenai teknologi yang membuatkan kita anti-sosial terutamanya dalam kalangan remaja.

    terkekek aku bila mendengar. kerana ada yang betul. sangat benar sehingga terkena batang hidung aku sendiri. T_T

    mereka-mereka di kaca televisyen berbicara tentang suasana raya yang sepatutnya dimanfaatkan oleh remaja-remaja untuk bersembang dengan yang lebih tua. tetapi, dengan teknologi yang semakin membutakan, remaja lebih selesa melayan facebook, myspace dan juga telefon bimbit masing-masing.

    tipulah kalau kau semua tak buat macam tu kan? sebab aku pun buat jugak KADANG-KADANG.

    *perhatikan perkataan 'kadang-kadang' tu.*

    tapi kini aku sudah sedar sedikit. berbanding waktu-waktu kejahilan aku dulu. dulu, teknologi diletakkan dulu sebelum apa-apa. orang kata, 'waktu batak dulu'. cinta aku kepada teknologi (myspace dan telefon bimbit) terlalu banyak sehingga bapak aku terpaksa menghadkannya.

    siap kene grounded daripada menggunakan teknologi bhai.

    tapi jangan kerana teknologi ini kau orang ketepikan perkara-perkara penting di waktu-waktu perayaan ini. this is the time to be jolly and to get to know each other more.

    jika bukan kerana hari-hari perayaan macam ni, kau orang takkan kenal kampung. tak kenal opah. tak kenal tok wan. betui dak?

    bila sudah tiada nanti, jangan terkedek-kedek teringat kat mereka.

    jadi manfaatkanlah. update facebook tu, bila balik pun boleh buat kan? kalau nak sangat update tu, buatlah. tapi biarlah berpada-pada.

    "apolah cucu den ni ha. dari tadi nengok kotak putih tu ha. den dah lamo tak nengok cucu den. tapi dio buek tak tahu jo dengan den. sodih den!"

    janganlah biarkan ini berlaku yo! :)

    Monday, September 13, 2010

    sepalit kotoran yang menghantui

    dosa yang aku bawak kemana-mana.
    bukan ada siapa yang tahu.
    nak diberitahu, malu.
    aib.
    semuanya ada.
    dan jika aku ceritakan kisah mengarut ni kepada orang, barangkali aku sudah tidak akan ada mereka-mereka.

    nanti aku tinggal hanya aku. keseorangan.

    sebab pasti orang-orang yang aku hormati itu hilang hormatnya untuk aku. hilang percayanya untuk aku.

    hanya itu harta aku. jika semua itu pun hilang, ke mana lagi mahu aku pergi?

    ke lubang jahanam?

    barangkali, ya.
    tapi aku pengecut.
    aku manusia hina.
    yang maruahnya dicampak ke tepi.

    aku bukan macam kau.
    kuat.

    aku bukan macam kau.
    teguh.

    aku goyah.
    pendirian hilang.
    pedoman musnah.

    dulu riak.

    padan dengan muka aku.
    sebodoh-bodoh, itulah aku.
    sehina-hina, itulah aku.

    nak disalahkan orang lain.
    aku jua yang memberi.
    nak dimarahkan orang lain.
    aku sendiri yang lemah.

    mana pemutar masa yang aku idam-idamkan dulu?
    mana magik yang bisa bawa aku kembali ke masa silam?

    kerana jika boleh
    aku mahu
    supaya aku tiada
    di dunia
    agar senang hati semua
    agar tak tercemar maruah
    agar dosa ini takkan menghantui aku




    Monday, September 6, 2010

    tentang kamcing dan laici

    bukan senang seseorang tu nak bergaul dengan mudah. aku pun sama. bukan semua orang kita boleh 'ngam'. bukan semua boleh diajak berbicara tentang hal yang sama. perkara yang aku bicara sama kawan aku, aku diamkan aja di depan orang lain.

    contoh? LAICI.

    hanya yang paling rapat dengan aku tahu apa maksud laici tu. benda ni bukan boleh kongsi dengan semua orang.

    sama juga prinsipnya dengan pergaulan. bukan semua boleh kamcing dengan semua. kalau semua boleh ngam dengan semua, aman dunia ni kau tahu tak? mane nak cari pergaduhan macam tu?

    *sigh*

    tapi jangan pulak kita jadi si freak yang tak mahu jumpa orang lain selain kawan baik kita. jangan jadi macam aku. sebab aku kurang minatlah lepak-lepas bersama orang yang aku kurang kenal. lainlah kalau sama minat.

    lainlah kalau lelaki! *LOL*

    gurau-gurau malam. jangan mareh :P

    sebab nanti aku akan jadi orang lain. bergerak salah. bercakap pun salah. diam pun serba tak kena. macam kena ikat. amorn pun tiba-tiba kelihatan angelic sungguh sampai semua orang terasa terharu dengan perubahan mendadak aku.

    wtf! :P

    jadi sebab tu aku prefer keluar dengan yang memang kenal aku. senang aku nak berseloroh bertepuk tampar berpeluk cium segala. dan mereka tahu aku siapa sebenarnya. kalau aku berseloroh hal lucah segala pun, akan dilayan.

    kalau dengan orang lain, pasti aku dicop gatai.

    walaupun aku memang gatai. tapi biarlah orang-orang yang penting saja tahu. seperti geng westlake. korang je tahu laici tu apa, kan?

    heh pasti aku rindu korang gila babeng punya. sebab hanya dengan korang aku boleh berbicara bodoh. tapi aku tahu korang tak bodoh macam aku. malah setiap hari, korang semakin pandai setelah mendengar aku berseloroh lucah kan?

    *bangga*

    tersayu aku bila terfikir. 'cuti' lama aku tu terlalu lama. cukup lama untuk bikin hati gelisah. dan yang paling penting aku juga akan merindui geng westlake. i lap u all bebehs! :)

    tentang aku yang perasan nak mengaku aku layak

    raya dah nak dekat. aku masih di kampar. ye aku tahu, bukan aku yang patut bersedih aku di kampar sekarang.

    sbb, "ala, kau bukan raye pun. yang kau sibuk kenapa?"

    aku pun nak raya, salah ke? aku tahu aku ni ala-ala macam perasan aku ni layak beraya.

    bukan sengaja aku nak menumpang. bukan saja aku tak mahu mengaku. tapi aku lebih sukakan kebiasaan. aku penat jadi freak. aku penat jadi si pelik hodoh yang entah mana asalnya.

    maki la aku. marah la aku.

    sekalipun aku tak layak, aku cuma inginkan ketenangan.


    Saturday, August 28, 2010

    lawatan vvip

    hari ini hari spesial. ade orang kenamaan melawat blog aku. sangat bangga seh :P




    and she said my blog looked nice! wow bangga ni~ *_*

    Friday, August 27, 2010

    bila malam bulan dan bintang tiada dan bila hati berkeping-keping


    sepi memeluk tubuh
    mencengkam jiwa menyiksa batin
    mengobek hati

    ku lihat ke luar tingkap
    dengan harapan
    bulan dan bintang boleh menemani
    agar hilang duka ini

    tapi bulan dan bintang
    turut menyepi
    merajuk di sebalik kegelapan
    aku keseorangan

    pulanglah wahai bulan
    kembalilah wahai bintang
    siapa lagi penemanku
    kalau bukan kamu

    tak boleh tidur


    bila saatnya kau boleh mengerti
    aku peduli
    aku risau
    aku sayangkan kau

    bila saatnya kau boleh fahami
    aku bukan tak ambil tahu
    aku bukan tak mahu tolong
    aku bukan tak faham

    ambil hati ini
    pecahkan dan lihat apa di dalam
    ambil keping-kepingnya
    simpan bersamamu
    agar kau tahu
    siapa aku sebenarnya

    Thursday, August 26, 2010

    news of the day


    An Unlucky Day

    By-Amornrad Rattanakthada
    mokcikvogue@hotmail.com

    Kampar, 26 August- A frog was found unconscious in a Tsing Hua house here in Westlake yesterday. He had several cuts on his body and was severely injured in his private parts. He was believed attacked by a desperate lady who needed money so much.

    "At first I thought she was just playing around when she should do anything to get my money. Then, she offered me a 'service' and demanded money for that. I said yes but later did not pay her anything. She got mad and attacked me"-said the victim.

    A passer-by who saw the incident called the ambulance as fast as she could. She did recognise the attacker and admitted that the lady had some financial issues.

    "Yeah, I know her. She is one of my neighbours. She is actually very kind but I guess, she is too desperate and that leads her to this action."-claimed the witness.

    The police said that as soon as the witness gave them all the informations they need, a warrant will be produced so that they can put this case to justice. The police also assures that security in Westlake will be tighten and assured that there will be no more sexual attacks on the residents.

    A painful mistake- Frog's private part was torn open by the attacker. She took away several 50 cents with her. Nothing else was missing.

    Left alone- Frog regretted not giving the lady money. He was also grateful that the witness called the ambulance. He was bleeding so badly and the ambulance came just in time beofre he loose all his blood.




    katy memang gedik

    went for the last class for pendidikan moral. the presentaion was superb! :) sangat kelako okay. and their ideas was so creative, i don't think i'll able to come up with the ideas they used.

    thumbs up to them :) and they got full marks too! huraaayyyy! semua orang dapat full marks wey *muka bangga*

    anddddddddddd *muka bengang* yesterday, my presentation group aka gg productions had a barbeque. andddd the best part is that I DON'T KNOW A SINGLE THING ABOUT IT!

    fml.

    aku pun tataw macam mana aku boleh tataw. dan tataw la jika mereka tahu aku tataw.

    *still wondering*

    okay, enough about that. come feast your eyes with this photo pulak. saje je katy nak say hi to ya'll. she's the most gedik cat i've ever known O_o




    kisahnya si pemalas

    kekadang aku banyak mengelamun. bukan kekadang la. selalu. di mana saja. atas katil, kat keja makan, kat bus stop. malah, aku selalu fikir masa tengah melabur bakti dalam tandas.

    dan terkadang tu aku teringat idea-idea gila yang pernah aku dengari. kali ni aku nak cerita pasal sependa. mungkin korang panggil panties. atau yang lebih gampang, pakai thongs.

    wow, stim aku dengar! (gurau)

    err........

    okay aku pernah dengar idea tentang cara-cara memakai sependa untuk beberapa hari berturut-turut.

    spenda yang sama okay.

    lecturer aku yang cakap sebenarnya ni. kalau tak silap aku, kata dia, satu sependa tu boleh pakai sampai 4 hari!

    nak taw macam mana?

    first day, kau pakai la macam biasa. baru lagi. masih harum semerbak. takde kotoran pelik atau bau hanjing.

    korang kan pemalas. sependa tak mau basuh awal-awal.
    tertangguh kerja mulia tu. kendian korang terus lupa.


    kendian, esoknya kau terbalikkan sependa tu. dapat la versi yang baru pulak. kira macam ta kotoq sangat la kalau terbalik.



    lusanya pulak, kau terbalikkan semula (keadaan asal). pastu kau amek bedak talkum adik kau tu. kau letak sikit kat sependa tu. kasi harum balik.

    *entah bau harum ke bau hanjing lagi teruk*

    dapat la kau pakai lagi sekali sependa tu. dah tiga hari. kendian, di hari ke-empat. secara logoknya, kau terbalikkan dan letak bedak tu lagi.

    maka wangi semulalah sependa kau tu.

    bijak lecturer aku! wow! tapi aku harap itu idea gila dia saja. harap dia tak praktikkan. kalau ya, silalah hentak kepala ke dinding kalau pakai sependa sama sampai 4 hari.

    naty aku nak try la. sejauh mana aku boleh tahan sependa 4 hari tu. selesai je 4 hari, berkulat habis tang tu! * you-know-where * (kenyit mata)

    p/s : datem = dating

    Wednesday, August 25, 2010

    cincalok

    popo : hai awek :) nak kenal boleh?
    pupu : hai awek! abang single ni!

    awek buat bodo. dia diiringi sekumpulan rakan yang berbeza bangsa darinya. siap berkepit jejaka asing lagi tu! kelas gitu~

    popo : uih, sombongnya awek ni.
    pupu : hang ingat hang ckukup baguih ka? apa, laki bangsa lain tu baguih sangat ka?
    popo : kau berlagak la sekarang. ko ingat laki macam tu baik ke? eh kiteorang lagi baik la!
    pupu : eleh nak berlagak la tu. hang kalau dari kampung tu kampung la jugak. kalau dah bangsa A, bangsa A la jugak. jangan ingat hang boleh jadi bangsa B pulak! tak sedaq diri betui la hang!

    *
    *
    *
    pernah alami situasi ini? =.=

    cerita ni sebenaqnya aku tak penah la kena. sebab belum pernah orang siam ngorat aku lagi. (soalan : kenapa orang siam tak ngorat aku?) tapi aku penah dengar dan lihat la. cuma, part mamat tu kata aku ingat aku ni baguih sangat tu pernah la.

    kisah yang sangat menyedihkan. yang paling meng-gampang-kan situasi ialah kerana kejadian ni berlaku kat dalam tren. tren shuttle aku selalu amek nak balik rumah aku tu.

    aku : (sedang masuk gerabak tren, melihat dua orang mamat tunggu kat situ lalu berpura-pura bodoh)
    laki 1 : hai awak :)
    aku : *masih berbodohan*
    laki 2 : (tahan pintu masuk gerabak. memang aku start berapi dah ni)
    laki 1 : sombongnya awak.
    aku : (tunduk macam nak sorok hidung)

    laki 2 beredar sebab aku dah betul-betul depan dia. kalu aku ke depan lagi, alamat aku dan dia bakal berpelukan. (wow!) kemudian aku pun beredar ke tempat duduk. setelah aku melepasi pintu gerabak tu............

    laki 1 : KAU INGAT KAU LAWA SANGAT KE?

    sila ambil perhatian huruf besar. ini bermakna mamat itu menjerit sekuat hati di pintu gerabak

    nasib baik dalam tren. nasib baik bunyi-bunyian kuat diluar tren. nasib baik kau lelaki. nasib baik aku ni pengecut. nasib baik aku baik *_*

    cincalok punye mamat!

    nampak efek api?


    eh tapi itu bukan topik yang aku nak kupas hari ni. bengong pulak aku hari ni kan?

    *kedengaran satu hall dipenuhi manusia berkata ya*


    ***BERBALIK PADA TOPIK ASAL***

    ape yang aku nak sampaikan ialah mengenai segelintir orang yang tak puas hati kalau kita kawan dengan orang yang berlainan bangsa dengan kita dan tidak memilih mereka sebagai kawan. walaupun mereka dan kita sama bangsa.

    sekarang ni, kau kenalah tengok, kenapa aku tak kawan dengan kau. kenapa mereka tak mahu kau sebagai kawan.

    bukan kerana kulit.
    bukan kerana saiz mata.
    bukan kerana jenis rambut.

    tapi hati, brader.

    on the first place, lu dah kutuk-kutuk minah tu. itu sudah menampakkan jeni pemikiran yang korang ade. pemikiran yang sangat tertutup. yang diskriminasi. yang racist.

    dan aku bukanlah nak katakan yang orang berlainan bangsa tu, kalau dibuat kawan atau life partner tersangatlah sesuai. orang-orang sendiri pun sesuai apa.

    lagipun bukan semua awek yang kau nak tackle, ade boypren mat salleh kan?

    *
    *
    *
    *

    "ala, laki *tuuut* bukan baik sangat pun. banyak main je. masuk lokap la. pusat serenti la."

    kau pernah dengar ayat ni? memang la bukan laki aje. ni contoh je la =.=

    *tuuut* disini bermaksud jenis bangsa yang universal. tiada kaitan dengan bangsa yang ada.


    ha, tak terase nak buktikan ke yang kau bukan macam apa yang dikatakan?

    yang penting hati lu dulu. kalau baik, nescaya baiklah jua apa yang akan kau dapat. dan jika buruk niatmu, maka buruklah jua pendapatanmu.

    senang kan?

    jadi janganlah kau kutuk-kutuk orang yang selalu hang-out dengan kawan bangsa lain. lagi bagus kalau kau boleh join mereka.


    aku taw dah sekarang. aku ta boleh post panjang.
    sebab biasanya di tengah jalan aku akan lupa
    apa yang aku nak cakap sebenarnya. maafkan :)

    "The smallest good deed is worth a thousand grand intentions"

    regarding the last entry i posted, just wanna make sure that you all know i despise people who make fun of my name REPEATEDLY. for first-timers, i don't mind lah :) don't worry :)

    so, setelah lama aku membelek, akhirnya aku jumpa puisi yang paling menarik (tukar channel sebab puisi dalam bahasa melayu, jadi eloklah kiranya aku ber-blog dalam bahasa melayu, kan?)

    nah, hambek ni~

    Menunggu Suami Pulang

    Seorang perempuan murung
    rambut mengurai atas bahu
    wajahnya perit tenggelam dalam diri
    rindunya makin terhimpit
    pada suami keluar desa
    tanpa khabar mana gerangan
    tiga purnama belum pulang

    Banyak bintang telah diintai
    pungguk berkali-kali mengusiknya
    padamkan rindu
    dia tidak peduli
    wajahnya menghadap ke laut
    maka angin lembut membisik
    merapa pipi.

    Malam ini
    angin lautlah
    menjadi temannya
    asal hilang segala sedih.

    Apabila malam makin jauh
    angin itu bertiup kencang
    mendakap tubuhnya
    dan terus berlalu
    daun-daun layu gugur ke tanah
    dia terus di jendela
    merenunng jauh.

    Matanya kepada pungguk atas dahan
    yang menyanyikan lagu
    tentang suaminya
    dan tentang perangai angin
    selepas bertiup kencang
    akan menghilang
    dan tidak kemabli lagi.

    Dipungutnya ketul batu
    dibalingnya pungguk
    dan terbang lalu.

    Malam esoknya
    datang angin darat
    bersama bulan basah
    perempuan itu duduk di anjung serambi
    rambutnya disanggul dua
    manghitung manik-manik malam.

    Berguraulah dia dengan angin mendayu
    yang mencium rambut dan pipi
    sejuknya segar ke hujung jari
    hingga menusuk ke ulu hati.

    Hampir di langit subuh
    angin itu bertiup garang
    menerkup tubuhnya
    dan terus berlalu
    dahan-dahan kayu patah ke tanah
    dia duduk di jendela terus merenung jauh.

    karya Jamdin Buyong - Ada Dalam Tiada

    aku cukup suka. mungkin sebab aku emo, jadi puisi yang aku suka semua emo belaka. dan mungkin jua aku ada 'feel' semacam yang hendak disampaikan dalam puisi ini.

    jamdin buyong menonjolkan watak suami itu semacam angin. yang datang dan pergi, meninggalkan si perempuan keseorangan. hanya malam peneman setia.

    dah la. buruk rupanya jika aku terus mengomen. korang rasalah sendiri feelnya.



    pungguk tu kughang ajaq. sebuk je nyakat perempuan tu! ^__^
    pastu kena baling batu. ha baru hang taw! :P

    photo diculik dan diedit. thanks makcik google

    Wednesday, July 21, 2010

    hidup


    hidup
    sementara
    tak kekal
    hari ini kelihatan
    esok lusa entah ke mana

    aku hidup di dunia
    lahir 19 tahun dahulu
    harapnya menjadi kebanggaan

    tapi
    harapan tinggal debu
    kebanggaan bersepah
    bagai disumpah
    aku hanya sampah

    bangsat
    di mana salah aku?
    bangsat
    mengapa aku?

    butiran permata
    tak dapat lagi disorok
    kelopak mata membengak
    protes
    tak tertahan lagi beban
    akhirnya berderai melimpah habis-habisan

    tolong
    aku ingin ubah
    tolong
    aku ingin
    supaya mereka bangga
    hilang kecewa
    hilang derita

    kaki
    tolonglah kuatkan diri
    kumpul tenaga
    kumpul cekalmu
    berdiri
    bertahan

    semangat
    tolonglah keraskan hati
    bulatkan perasaan
    kukuhkan jati

    tiada lagi yang dulu
    pergi mampus semua itu
    jahanamkan diriku
    yang tak berguna
    yang hanya memalukan

    aku ingin ubah

    life


    life is just temporary. nothing's permanent and nothing's going to stay there forever. life forms and life can be taken away, without you even getting a chance to enjoy and make full use of it.

    that's life to me.

    so, i make it a note that life should be all about doing what's best and getting the joy of life is one of the most important thing.

    i know, life sucks. tell me who's life doesn't.

    believe me, no matter who you are., you life still sucks, sometimes. kan?

    mine sucks big time. believe me. but we are not here to discuss that, mind you :) this post will be about life and the way i see it.

    for me, no matter who you are, rich or poor, smart or stupid, you are how you life your life. you hold the key to your very own life. some may stick to the idea that your life depends on your fate.

    no one's denying that.

    but, i would like to add that there are something that you could do with your life and feel superbly good about it. i think life is both, fate and hard work.

    a guy once told me that he feels that his life is meaningless. he regrets being in this world. he's down and feels that he could do nothing about it.

    i get that feeling. i have it sometimes, too. with some recent happenings, i do feel that i'm a disappointment to my parents. a disgrace, actually. i know it's hard for my parents to accept that their daughter is not as bright as they expect to be.

    i'm never gonna be a scientist. let alone a dentist, a profession that my father has always encouraged be to get into. not even a teacher, like my mother. i ain't going anywhere renounced universities like my friends. let alone overseas universities.

    okay this has to stop. suddenly this entry is about me.

    cut the crap. okay, what i wanted to say is that, i think all these temporary things will not be the measurement of how good your life is. having houses as big as palaces doesn't mean that you own all the happiness in the world. having branded stuffs don't make you any difference than me if you have loads of problems stacking up, waiting for you to settle.

    what's important is how you use what's left in your life, for the best in the future.

    you can find ways to gain money. you can try all sorts of ways to get education. nothing is impossible.

    the only challenge is yourself. no one is gonna be pity on you for the rest of your life.

    someday, they'll be sick of the whinnings. someday, you have to prove that you're worth it. worth to be on this world.

    i'm not in a perfect life either. so, let us all try our very best to be good in what we're really good at.

    ah, as usual, crapping from me :) adios amigos.

    Tuesday, July 13, 2010

    kutuk-mengutuk pt. 2


    merujuk kepada entri aku yang lepas. klik di sini untuk nengok balik entri itu.

    okay, aku nak buat beberapa pembetulan fakta pada entri itu. sebab aku sedar yang sebenarnya aku pun same aje.

    peace, korang semua :P

    aku pun mengutuk jugak. dan terkadang tu, aku pun pakai jugak pertolongan orang yang aku kutuk tu. terkadang :P

    tapi, kutuk tu bukanlah perkara yang teruk sangat-sangat. kalau tak kutuk, bukan manusia la tu.

    kan kan?

    kutuk tu boleh dikira sebagai cakap belakang. cakap belakang ni pulak melibatkan fakta yang benar tapi hanya disalurkan secara diam-diam atau tanpa pengetahuan si polan tu.

    so, selagi bukan fitnah, okay la tu.

    kan kan?

    kutuk juga boleh membantu kita dalam memperbaiki diri kita sendiri. bayangkan, kau selalu dengar orang kutuk si polan ni selalu korek hidung di tempat awam.

    bile kau nak korek hidung di tempat awam, kau akan terfikir tentang si polan yang kene kutuk tu.

    mesti kau tak mau malu kan?

    ha, jadi itulah kebaikan kutuk. keburukan memanglah banyak. tapi, aku percaya, kutuk ni ada jugak fungsi baik.

    jadi, kesimpulannya ialah : berpada-padalah dalam percakapan anda. pastikan banyak kebaikan yang tertutur, dan kurang-kurangkanlah keburukan :)


    p/s : hr tu g temankan amani makan kat tepi ck tu. we alls nampaks shahirs. amanis yangs jumpes dulus. hahahahas. dapats la nyahs i tu bergambars dgns shahir :)


    Sunday, July 11, 2010

    sunyi begini


    sunyi
    tiada apa yang berbunyi
    tiada pergerakan
    hanya jiwa aku yang berpeleseran

    gelap
    hanya cahaya bulan yang malap
    burung-burung menyorok
    bintang-bintang tersorok

    kulihat keluar jendela
    hanya lampu bilikku yang bernyala
    kulihat keluar langit
    cahaya bulan sekecil lampu picit

    sakit yang aku rasa
    perit hati terluka
    tiada yang tahu
    beratnya tertanggung di bahu

    biarkan saja sunyi begini
    biarkan saja terubat hati



    diskriminasi

    hidup oh hidup....

    sebenaqnya aku nak cerita sikit pasai ketidakpuasaan hati aku. aku memang tak puas hati dengan orang-orang yang mentalitinya bagaikan beg usang yang dah tak mampu diisi apa-apapun lagi. bukan nak hina, perumpamaan sajaaaaaaaaaa. peace!

    berbalik kepada topik...

    aku tak puas hati la bila makan, aku selalu kena mintak chopsetik atau dengan panggilan saintifiknya, penyepit. peh bengang sial.

    aku taw aku ta sesepet mana. tak seputih gebu mana. rambut tak selurus mana.

    bat ai noe haw tuu use de fakking chopsetik la!!

    makan wat tan hor atau nama lainnya, kuey toew kungfu atau apa-apa panggilan yang diberi dengan sudu garpu mana best. kuey teow akan seringkali tergelincir dan sudu yang leper lagi cetek itu takkan dapat menampung kuey toew itu.

    ada paham?

    disebabkan aku dapat sudu garpu, aku pun mintak la chopsetik. datanglah mamat tu semula ke meja aku dengan chopsetik SAHAJA.

    bodohhhhhhh!

    mana sudu yang lebar lagi besar lagi dalam tu? aku nak dow! macam mana nak makan dengan chopsetik dan SUDU BESI tu?

    bodohhhhh lagi!

    eh lu ingat wa muka gelap, hidung penyet ta rety pakai chopsetik ka?

    dunia dah maju bhai. muka gelap, tak semestinya tak rety pakai chopsetik. muka cerah tak semestinye ta rety makan pakai tangan.


    gambar aku curi kat sini


    diskriminasi. aku nak gi buat pembedahan pelastik, bagi kulit cerah, mata sepet. babai.

    epilog sekeping hati


    rajuknya lembu boleh dipujuk,
    suakan rumput lembutlah hati;
    rajuknya orang sukar dipujuk,
    tersilap pujuk parahlah nanti.
    -amorn-

    semalam, lepas selesai membaca epilog sekeping hati (lihat gambar dibawah), baru aku sedar banyak pantun-pantun indah yang aku tak pernah jumpa. rangkapnya cukup mudah dan ringkas tapi cukup bermakna.

    antaranya ialah :

    apa dirajuk air di ruang,
    entah bersih, entahkan tidak;
    apa dirajuk hati orang,
    entah kasih entahkan tidak.

    dan...

    saya umpama air di ruang,
    dititik orang ke dalam *guri;
    saya umpama sampah terbuang,
    dipijak orang setiap masa.

    *guri bermaksud tempayan kecil / buyung


    bagi yang nak baca buku tu, dan mahukan gambaran jelas mengenai buku itu, sila lihat gambar :) aku suka, kau bagaimana?

    Saturday, July 10, 2010

    kutuk-mengutuk

    hari ini aku nak post entry berbentuk kutukan dan umpatan. kutukan inni ditujukan khas kepada orang-orang yang sama seperti aku, suka mengutuk. ya, aku suka mengutuk dan aku memang ikhlas mengakuinya. kau?

    okay. ceritanya begini. aku selalu dengar si polan ni mengutuk orang. biaselah tu. tapi yang ta biasenye ialah si pengutuk tu ade hati lak nak meminta pertolongan si polan tu.

    kalau gamaknya begitu, jangan dikutuk insan tersebut. kan?

    bagi aku, kalau aku dah kutuk, sumpah seranah si polan sorang ni, agak kemaluan untuk aku meminta pertolongan darinya. setidak-tidaknya aku cari alternatif. bukan aku benci, tapi aku sendiri akan segan. di waktu itu lah aku akan insaf.

    tapi, di kala itu aje lah :P

    yang kau kutuk-kutuk, kendian kau dengan senang hati mengguna pakai pertolongan orang tu, kenapa? lain kali jangan kutuk la!

    tapi kalau aku jadi si polan yang dikutuk kau sehingga habis perkataan, aku tak kisah. aku suka :)

    tapi, yang paling mustahak, belajaralah untuk tidak mengutuk. nescaya tiada yang buruk dalam perbuatan itu. tidak mengutuk, i mean :P


    Monday, June 28, 2010

    pengajaran aku


    mintak tolong
    kalau kau nak mintak tolong
    jangan terpekik terlolong
    bila aku tak dapat nak menolong

    wahai saudara
    aku dah cuba sehabis daya
    kalau bisa
    segala cara aku cuba

    tapi apakan daya
    daya aku tak cukup berjuta
    untuk tolong saudara

    tolonglah
    kalau kau marah
    itu bukan minta, itu kau arah
    memang bisa bikin aku marah

    saudara
    kalau kau rasa
    ikhlas aku sikit saja
    pergilah minta
    pada si manusia
    yang lebih sanggup, lebih perwira

    aku mintak diri
    jauh dari kau

    Tuesday, June 22, 2010

    ketiak

    hidup bebas dari pantauan ibu bapa bukanlah satu perkara yang aku impikan selama ini. kalau boleh nak melekat kat bawah ketiak mak bapak aku sampai tua. sampai mati. biarlah orang kata aku manja. biarlah orang kata aku tak reti nak berdikari.

    janji dapat ketiak mak bapak aku, itu sudah memadai.

    heh, hari ni kita berbicara pasal ketiak mak bapak aku. nak?

    okay, lupakan niat itu. nanti habis ketiak mak bapak aku tercemar reputasinya.

    gambar hiasan yang tiada kaitan dengan ketiak sape-sape kecuali ketiak jejaka handsome ni. taken from this website.

    okay, rasanya dah cukup lama kome sekalian tenung ketiak mamat tu. marilah kita berbalik pada topik aku kali ini. yang pasti tiada kaitan dengan ketiak doh.

    sejak aku duduk kat kampar ni, banyak yang berlainan kalau dibanding dengan hidup dengan mak bapak. hidup dengan mak bapak macam carefree sikit. tak payah risau banyak bende sangat.

    makan? bereh!
    minum? bereh!
    nak meniarap, tertonggang tertonggeng pun, tak perlu fikir dua tiga kali.

    tapi hidup berdikari ni, banyak yang perlu diambil kira.

    nak tertonggeng, fikir pasal baju dalam yang tak cuci lagi.
    nak tertonggang, fikir pasal tuition fees yang belum berbayar lagi.
    nak terberak pun fikir pasal itu, fikir pasal ini. berak tak ley concentrate doh!

    teringat time dulu-dulu, zaman merempat di rumah. mak masak ape je, semua sedap. nak-nak kalau mak masak makanan peberet kita. mangaihhh! nikmat hidup ni :)

    tapi duduk kampar, nak makan gulai pun, tunggu hari baik, bulan baik baru dapat. itupun kalau dapat. kalau tak, makanan rutin makcik cafe tu je la. sampai aku rase macam boleh je hapal menu-menu makcik tu. kalau tak ayam sambal, ayam masak gulai. kalau tak ikan pari, ikan kembung goreng.

    duduk kat rumah, kalu teringin laksa, request je. esok-esok mesti dapat.

    kalau kau request sekarang, kat kampar ni, kau tunggu mimpi laksa aje lah, okay.

    okay, aku nak pegi mimpi laksa kejap okay.

    adios amigos!





    Monday, June 21, 2010

    pendapat hari ini

    kenapa kita mencari yang sempurna bila yang sempurna itu sendiri tiada dalam diri kita. adakah layak kita menginginkan yang sempurna bila kita sendiri tidak sempurna?

    layakkah kita mendambakan yang cantik
    bila kita sendiri bertalam bedak dipakai
    untuk menutup cela di muka?

    layakkah kita mendambakan yang kacak
    bila kita sendiri terkial-kial
    menutup cacat yang ada?

    layakkah kita mendambakan yang melidi
    bila kita sendiri beli baju pun
    payah nak cari?

    apa itu sempurna?
    perlukah sempurna?

    bukan aku nak halang
    untuk kau, kau dan kau
    jika mahu cari yang sempurna
    hak hakiki setiap manusia

    jika terjumpa, simpan baik-baik
    peliharalah dengan penuh kasih
    jagalah dengan penuh cinta

    tapi jika tidak
    perlukah kau mengeluh
    mengadu menyesali
    hidupmu sendiri?



    persoalan hari ini


    cinta itu masa depan?
    atau hanya cinta? dan hanya masa depan?
    bukan perkara yang sama?

    aku cinta kau
    tapi kau bukan masa depan aku
    itukah yang sebenarnya?

    aku sayang kau
    tapi kau bukan apa yang aku impikan untuk masa depan aku
    patutkah kita bersama
    atau ambil haluan berbeza?

    aku bukan gadis sadis
    yang hanya dahagakan cinta
    aku bukan gadis buta
    yang hanya impikan hidup romantis

    aku ada wawasan
    aku ada impian

    maaf jika aku terpaksa
    pergi