Monday, September 13, 2010

sepalit kotoran yang menghantui

dosa yang aku bawak kemana-mana.
bukan ada siapa yang tahu.
nak diberitahu, malu.
aib.
semuanya ada.
dan jika aku ceritakan kisah mengarut ni kepada orang, barangkali aku sudah tidak akan ada mereka-mereka.

nanti aku tinggal hanya aku. keseorangan.

sebab pasti orang-orang yang aku hormati itu hilang hormatnya untuk aku. hilang percayanya untuk aku.

hanya itu harta aku. jika semua itu pun hilang, ke mana lagi mahu aku pergi?

ke lubang jahanam?

barangkali, ya.
tapi aku pengecut.
aku manusia hina.
yang maruahnya dicampak ke tepi.

aku bukan macam kau.
kuat.

aku bukan macam kau.
teguh.

aku goyah.
pendirian hilang.
pedoman musnah.

dulu riak.

padan dengan muka aku.
sebodoh-bodoh, itulah aku.
sehina-hina, itulah aku.

nak disalahkan orang lain.
aku jua yang memberi.
nak dimarahkan orang lain.
aku sendiri yang lemah.

mana pemutar masa yang aku idam-idamkan dulu?
mana magik yang bisa bawa aku kembali ke masa silam?

kerana jika boleh
aku mahu
supaya aku tiada
di dunia
agar senang hati semua
agar tak tercemar maruah
agar dosa ini takkan menghantui aku




No comments: