Sunday, July 11, 2010

diskriminasi

hidup oh hidup....

sebenaqnya aku nak cerita sikit pasai ketidakpuasaan hati aku. aku memang tak puas hati dengan orang-orang yang mentalitinya bagaikan beg usang yang dah tak mampu diisi apa-apapun lagi. bukan nak hina, perumpamaan sajaaaaaaaaaa. peace!

berbalik kepada topik...

aku tak puas hati la bila makan, aku selalu kena mintak chopsetik atau dengan panggilan saintifiknya, penyepit. peh bengang sial.

aku taw aku ta sesepet mana. tak seputih gebu mana. rambut tak selurus mana.

bat ai noe haw tuu use de fakking chopsetik la!!

makan wat tan hor atau nama lainnya, kuey toew kungfu atau apa-apa panggilan yang diberi dengan sudu garpu mana best. kuey teow akan seringkali tergelincir dan sudu yang leper lagi cetek itu takkan dapat menampung kuey toew itu.

ada paham?

disebabkan aku dapat sudu garpu, aku pun mintak la chopsetik. datanglah mamat tu semula ke meja aku dengan chopsetik SAHAJA.

bodohhhhhhh!

mana sudu yang lebar lagi besar lagi dalam tu? aku nak dow! macam mana nak makan dengan chopsetik dan SUDU BESI tu?

bodohhhhh lagi!

eh lu ingat wa muka gelap, hidung penyet ta rety pakai chopsetik ka?

dunia dah maju bhai. muka gelap, tak semestinya tak rety pakai chopsetik. muka cerah tak semestinye ta rety makan pakai tangan.


gambar aku curi kat sini


diskriminasi. aku nak gi buat pembedahan pelastik, bagi kulit cerah, mata sepet. babai.

No comments: