retak dihempas oleh kau
aku hanya tersenyum
"biarlah. ini baru pertama kalinya" kata aku
aku membongkok-bongkok
kutip semula keping-keping itu
lalu aku tampal semula
dengan segala memori yang selama ini ada
nafas panjang mengiringi
aku kejar kau semula
dengan hati yang baruku tampal
dan bila hati ini berkeping semula
kau pula yang kutip
bahagia sungguh aku rasakan
walaupun hati aku berciciran jatuhnya
kemudian kau tampalkan
kau baiki
baik seperti sedia kala
kukuh seperti selalu
dan sesungguhnya seolah hatiku ini
memang takdirnya hanya untuk dihempas
sekali lagi hatiku berkeping
malah ada kepingan yang hilang
dihempas terlalu kuat, barangkali
kau cuba kutip
kau cuba cari
kau cuba tampal
kau cuba baiki
tapi hatiku ini sudah rapuh
tiada gam yang bisa mencantum
tiada kata yang bisa menyembuh
kepingan itu bagaikan sudah tidak mahu bersama lagi
lalu aku biarkan kepingan itu
bertaburan di hadapanmu
cubalah walau sebanyak mana yang kau mahu, sayang
cubalah baiki hatiku itu
lalu kepingan itu aku tinggalkan
hatiku kini tiada
biarlah dadaku kosong saja
supaya tiada lagi hatiku ini berkeping
supaya tiada lagi hatiku ini sengsara.
biarkan.
No comments:
Post a Comment