tadi aku terdengar wawancara di televisyen mengenai teknologi yang membuatkan kita anti-sosial terutamanya dalam kalangan remaja.
terkekek aku bila mendengar. kerana ada yang betul. sangat benar sehingga terkena batang hidung aku sendiri. T_T
mereka-mereka di kaca televisyen berbicara tentang suasana raya yang sepatutnya dimanfaatkan oleh remaja-remaja untuk bersembang dengan yang lebih tua. tetapi, dengan teknologi yang semakin membutakan, remaja lebih selesa melayan facebook, myspace dan juga telefon bimbit masing-masing.
tipulah kalau kau semua tak buat macam tu kan? sebab aku pun buat jugak KADANG-KADANG.
*perhatikan perkataan 'kadang-kadang' tu.*
tapi kini aku sudah sedar sedikit. berbanding waktu-waktu kejahilan aku dulu. dulu, teknologi diletakkan dulu sebelum apa-apa. orang kata, 'waktu batak dulu'. cinta aku kepada teknologi (myspace dan telefon bimbit) terlalu banyak sehingga bapak aku terpaksa menghadkannya.
siap kene grounded daripada menggunakan teknologi bhai.
tapi jangan kerana teknologi ini kau orang ketepikan perkara-perkara penting di waktu-waktu perayaan ini. this is the time to be jolly and to get to know each other more.
jika bukan kerana hari-hari perayaan macam ni, kau orang takkan kenal kampung. tak kenal opah. tak kenal tok wan. betui dak?
bila sudah tiada nanti, jangan terkedek-kedek teringat kat mereka.
jadi manfaatkanlah. update facebook tu, bila balik pun boleh buat kan? kalau nak sangat update tu, buatlah. tapi biarlah berpada-pada.
"apolah cucu den ni ha. dari tadi nengok kotak putih tu ha. den dah lamo tak nengok cucu den. tapi dio buek tak tahu jo dengan den. sodih den!"
janganlah biarkan ini berlaku yo! :)
No comments:
Post a Comment