Sunday, July 11, 2010

epilog sekeping hati


rajuknya lembu boleh dipujuk,
suakan rumput lembutlah hati;
rajuknya orang sukar dipujuk,
tersilap pujuk parahlah nanti.
-amorn-

semalam, lepas selesai membaca epilog sekeping hati (lihat gambar dibawah), baru aku sedar banyak pantun-pantun indah yang aku tak pernah jumpa. rangkapnya cukup mudah dan ringkas tapi cukup bermakna.

antaranya ialah :

apa dirajuk air di ruang,
entah bersih, entahkan tidak;
apa dirajuk hati orang,
entah kasih entahkan tidak.

dan...

saya umpama air di ruang,
dititik orang ke dalam *guri;
saya umpama sampah terbuang,
dipijak orang setiap masa.

*guri bermaksud tempayan kecil / buyung


bagi yang nak baca buku tu, dan mahukan gambaran jelas mengenai buku itu, sila lihat gambar :) aku suka, kau bagaimana?

3 comments:

wani said...

beli kat mane ni?

Anonymous said...

sy ade buku ini... :-)

wani said...

msti byk novel kn?Klu ada novel lg plz sharing...nk tau gak novel2 terkini... :)