Wednesday, August 25, 2010

cincalok

popo : hai awek :) nak kenal boleh?
pupu : hai awek! abang single ni!

awek buat bodo. dia diiringi sekumpulan rakan yang berbeza bangsa darinya. siap berkepit jejaka asing lagi tu! kelas gitu~

popo : uih, sombongnya awek ni.
pupu : hang ingat hang ckukup baguih ka? apa, laki bangsa lain tu baguih sangat ka?
popo : kau berlagak la sekarang. ko ingat laki macam tu baik ke? eh kiteorang lagi baik la!
pupu : eleh nak berlagak la tu. hang kalau dari kampung tu kampung la jugak. kalau dah bangsa A, bangsa A la jugak. jangan ingat hang boleh jadi bangsa B pulak! tak sedaq diri betui la hang!

*
*
*
pernah alami situasi ini? =.=

cerita ni sebenaqnya aku tak penah la kena. sebab belum pernah orang siam ngorat aku lagi. (soalan : kenapa orang siam tak ngorat aku?) tapi aku penah dengar dan lihat la. cuma, part mamat tu kata aku ingat aku ni baguih sangat tu pernah la.

kisah yang sangat menyedihkan. yang paling meng-gampang-kan situasi ialah kerana kejadian ni berlaku kat dalam tren. tren shuttle aku selalu amek nak balik rumah aku tu.

aku : (sedang masuk gerabak tren, melihat dua orang mamat tunggu kat situ lalu berpura-pura bodoh)
laki 1 : hai awak :)
aku : *masih berbodohan*
laki 2 : (tahan pintu masuk gerabak. memang aku start berapi dah ni)
laki 1 : sombongnya awak.
aku : (tunduk macam nak sorok hidung)

laki 2 beredar sebab aku dah betul-betul depan dia. kalu aku ke depan lagi, alamat aku dan dia bakal berpelukan. (wow!) kemudian aku pun beredar ke tempat duduk. setelah aku melepasi pintu gerabak tu............

laki 1 : KAU INGAT KAU LAWA SANGAT KE?

sila ambil perhatian huruf besar. ini bermakna mamat itu menjerit sekuat hati di pintu gerabak

nasib baik dalam tren. nasib baik bunyi-bunyian kuat diluar tren. nasib baik kau lelaki. nasib baik aku ni pengecut. nasib baik aku baik *_*

cincalok punye mamat!

nampak efek api?


eh tapi itu bukan topik yang aku nak kupas hari ni. bengong pulak aku hari ni kan?

*kedengaran satu hall dipenuhi manusia berkata ya*


***BERBALIK PADA TOPIK ASAL***

ape yang aku nak sampaikan ialah mengenai segelintir orang yang tak puas hati kalau kita kawan dengan orang yang berlainan bangsa dengan kita dan tidak memilih mereka sebagai kawan. walaupun mereka dan kita sama bangsa.

sekarang ni, kau kenalah tengok, kenapa aku tak kawan dengan kau. kenapa mereka tak mahu kau sebagai kawan.

bukan kerana kulit.
bukan kerana saiz mata.
bukan kerana jenis rambut.

tapi hati, brader.

on the first place, lu dah kutuk-kutuk minah tu. itu sudah menampakkan jeni pemikiran yang korang ade. pemikiran yang sangat tertutup. yang diskriminasi. yang racist.

dan aku bukanlah nak katakan yang orang berlainan bangsa tu, kalau dibuat kawan atau life partner tersangatlah sesuai. orang-orang sendiri pun sesuai apa.

lagipun bukan semua awek yang kau nak tackle, ade boypren mat salleh kan?

*
*
*
*

"ala, laki *tuuut* bukan baik sangat pun. banyak main je. masuk lokap la. pusat serenti la."

kau pernah dengar ayat ni? memang la bukan laki aje. ni contoh je la =.=

*tuuut* disini bermaksud jenis bangsa yang universal. tiada kaitan dengan bangsa yang ada.


ha, tak terase nak buktikan ke yang kau bukan macam apa yang dikatakan?

yang penting hati lu dulu. kalau baik, nescaya baiklah jua apa yang akan kau dapat. dan jika buruk niatmu, maka buruklah jua pendapatanmu.

senang kan?

jadi janganlah kau kutuk-kutuk orang yang selalu hang-out dengan kawan bangsa lain. lagi bagus kalau kau boleh join mereka.


aku taw dah sekarang. aku ta boleh post panjang.
sebab biasanya di tengah jalan aku akan lupa
apa yang aku nak cakap sebenarnya. maafkan :)

No comments: