Monday, June 28, 2010

pengajaran aku


mintak tolong
kalau kau nak mintak tolong
jangan terpekik terlolong
bila aku tak dapat nak menolong

wahai saudara
aku dah cuba sehabis daya
kalau bisa
segala cara aku cuba

tapi apakan daya
daya aku tak cukup berjuta
untuk tolong saudara

tolonglah
kalau kau marah
itu bukan minta, itu kau arah
memang bisa bikin aku marah

saudara
kalau kau rasa
ikhlas aku sikit saja
pergilah minta
pada si manusia
yang lebih sanggup, lebih perwira

aku mintak diri
jauh dari kau

Tuesday, June 22, 2010

ketiak

hidup bebas dari pantauan ibu bapa bukanlah satu perkara yang aku impikan selama ini. kalau boleh nak melekat kat bawah ketiak mak bapak aku sampai tua. sampai mati. biarlah orang kata aku manja. biarlah orang kata aku tak reti nak berdikari.

janji dapat ketiak mak bapak aku, itu sudah memadai.

heh, hari ni kita berbicara pasal ketiak mak bapak aku. nak?

okay, lupakan niat itu. nanti habis ketiak mak bapak aku tercemar reputasinya.

gambar hiasan yang tiada kaitan dengan ketiak sape-sape kecuali ketiak jejaka handsome ni. taken from this website.

okay, rasanya dah cukup lama kome sekalian tenung ketiak mamat tu. marilah kita berbalik pada topik aku kali ini. yang pasti tiada kaitan dengan ketiak doh.

sejak aku duduk kat kampar ni, banyak yang berlainan kalau dibanding dengan hidup dengan mak bapak. hidup dengan mak bapak macam carefree sikit. tak payah risau banyak bende sangat.

makan? bereh!
minum? bereh!
nak meniarap, tertonggang tertonggeng pun, tak perlu fikir dua tiga kali.

tapi hidup berdikari ni, banyak yang perlu diambil kira.

nak tertonggeng, fikir pasal baju dalam yang tak cuci lagi.
nak tertonggang, fikir pasal tuition fees yang belum berbayar lagi.
nak terberak pun fikir pasal itu, fikir pasal ini. berak tak ley concentrate doh!

teringat time dulu-dulu, zaman merempat di rumah. mak masak ape je, semua sedap. nak-nak kalau mak masak makanan peberet kita. mangaihhh! nikmat hidup ni :)

tapi duduk kampar, nak makan gulai pun, tunggu hari baik, bulan baik baru dapat. itupun kalau dapat. kalau tak, makanan rutin makcik cafe tu je la. sampai aku rase macam boleh je hapal menu-menu makcik tu. kalau tak ayam sambal, ayam masak gulai. kalau tak ikan pari, ikan kembung goreng.

duduk kat rumah, kalu teringin laksa, request je. esok-esok mesti dapat.

kalau kau request sekarang, kat kampar ni, kau tunggu mimpi laksa aje lah, okay.

okay, aku nak pegi mimpi laksa kejap okay.

adios amigos!





Monday, June 21, 2010

pendapat hari ini

kenapa kita mencari yang sempurna bila yang sempurna itu sendiri tiada dalam diri kita. adakah layak kita menginginkan yang sempurna bila kita sendiri tidak sempurna?

layakkah kita mendambakan yang cantik
bila kita sendiri bertalam bedak dipakai
untuk menutup cela di muka?

layakkah kita mendambakan yang kacak
bila kita sendiri terkial-kial
menutup cacat yang ada?

layakkah kita mendambakan yang melidi
bila kita sendiri beli baju pun
payah nak cari?

apa itu sempurna?
perlukah sempurna?

bukan aku nak halang
untuk kau, kau dan kau
jika mahu cari yang sempurna
hak hakiki setiap manusia

jika terjumpa, simpan baik-baik
peliharalah dengan penuh kasih
jagalah dengan penuh cinta

tapi jika tidak
perlukah kau mengeluh
mengadu menyesali
hidupmu sendiri?



persoalan hari ini


cinta itu masa depan?
atau hanya cinta? dan hanya masa depan?
bukan perkara yang sama?

aku cinta kau
tapi kau bukan masa depan aku
itukah yang sebenarnya?

aku sayang kau
tapi kau bukan apa yang aku impikan untuk masa depan aku
patutkah kita bersama
atau ambil haluan berbeza?

aku bukan gadis sadis
yang hanya dahagakan cinta
aku bukan gadis buta
yang hanya impikan hidup romantis

aku ada wawasan
aku ada impian

maaf jika aku terpaksa
pergi