Saturday, August 28, 2010

lawatan vvip

hari ini hari spesial. ade orang kenamaan melawat blog aku. sangat bangga seh :P




and she said my blog looked nice! wow bangga ni~ *_*

Friday, August 27, 2010

bila malam bulan dan bintang tiada dan bila hati berkeping-keping


sepi memeluk tubuh
mencengkam jiwa menyiksa batin
mengobek hati

ku lihat ke luar tingkap
dengan harapan
bulan dan bintang boleh menemani
agar hilang duka ini

tapi bulan dan bintang
turut menyepi
merajuk di sebalik kegelapan
aku keseorangan

pulanglah wahai bulan
kembalilah wahai bintang
siapa lagi penemanku
kalau bukan kamu

tak boleh tidur


bila saatnya kau boleh mengerti
aku peduli
aku risau
aku sayangkan kau

bila saatnya kau boleh fahami
aku bukan tak ambil tahu
aku bukan tak mahu tolong
aku bukan tak faham

ambil hati ini
pecahkan dan lihat apa di dalam
ambil keping-kepingnya
simpan bersamamu
agar kau tahu
siapa aku sebenarnya

Thursday, August 26, 2010

news of the day


An Unlucky Day

By-Amornrad Rattanakthada
mokcikvogue@hotmail.com

Kampar, 26 August- A frog was found unconscious in a Tsing Hua house here in Westlake yesterday. He had several cuts on his body and was severely injured in his private parts. He was believed attacked by a desperate lady who needed money so much.

"At first I thought she was just playing around when she should do anything to get my money. Then, she offered me a 'service' and demanded money for that. I said yes but later did not pay her anything. She got mad and attacked me"-said the victim.

A passer-by who saw the incident called the ambulance as fast as she could. She did recognise the attacker and admitted that the lady had some financial issues.

"Yeah, I know her. She is one of my neighbours. She is actually very kind but I guess, she is too desperate and that leads her to this action."-claimed the witness.

The police said that as soon as the witness gave them all the informations they need, a warrant will be produced so that they can put this case to justice. The police also assures that security in Westlake will be tighten and assured that there will be no more sexual attacks on the residents.

A painful mistake- Frog's private part was torn open by the attacker. She took away several 50 cents with her. Nothing else was missing.

Left alone- Frog regretted not giving the lady money. He was also grateful that the witness called the ambulance. He was bleeding so badly and the ambulance came just in time beofre he loose all his blood.




katy memang gedik

went for the last class for pendidikan moral. the presentaion was superb! :) sangat kelako okay. and their ideas was so creative, i don't think i'll able to come up with the ideas they used.

thumbs up to them :) and they got full marks too! huraaayyyy! semua orang dapat full marks wey *muka bangga*

anddddddddddd *muka bengang* yesterday, my presentation group aka gg productions had a barbeque. andddd the best part is that I DON'T KNOW A SINGLE THING ABOUT IT!

fml.

aku pun tataw macam mana aku boleh tataw. dan tataw la jika mereka tahu aku tataw.

*still wondering*

okay, enough about that. come feast your eyes with this photo pulak. saje je katy nak say hi to ya'll. she's the most gedik cat i've ever known O_o




kisahnya si pemalas

kekadang aku banyak mengelamun. bukan kekadang la. selalu. di mana saja. atas katil, kat keja makan, kat bus stop. malah, aku selalu fikir masa tengah melabur bakti dalam tandas.

dan terkadang tu aku teringat idea-idea gila yang pernah aku dengari. kali ni aku nak cerita pasal sependa. mungkin korang panggil panties. atau yang lebih gampang, pakai thongs.

wow, stim aku dengar! (gurau)

err........

okay aku pernah dengar idea tentang cara-cara memakai sependa untuk beberapa hari berturut-turut.

spenda yang sama okay.

lecturer aku yang cakap sebenarnya ni. kalau tak silap aku, kata dia, satu sependa tu boleh pakai sampai 4 hari!

nak taw macam mana?

first day, kau pakai la macam biasa. baru lagi. masih harum semerbak. takde kotoran pelik atau bau hanjing.

korang kan pemalas. sependa tak mau basuh awal-awal.
tertangguh kerja mulia tu. kendian korang terus lupa.


kendian, esoknya kau terbalikkan sependa tu. dapat la versi yang baru pulak. kira macam ta kotoq sangat la kalau terbalik.



lusanya pulak, kau terbalikkan semula (keadaan asal). pastu kau amek bedak talkum adik kau tu. kau letak sikit kat sependa tu. kasi harum balik.

*entah bau harum ke bau hanjing lagi teruk*

dapat la kau pakai lagi sekali sependa tu. dah tiga hari. kendian, di hari ke-empat. secara logoknya, kau terbalikkan dan letak bedak tu lagi.

maka wangi semulalah sependa kau tu.

bijak lecturer aku! wow! tapi aku harap itu idea gila dia saja. harap dia tak praktikkan. kalau ya, silalah hentak kepala ke dinding kalau pakai sependa sama sampai 4 hari.

naty aku nak try la. sejauh mana aku boleh tahan sependa 4 hari tu. selesai je 4 hari, berkulat habis tang tu! * you-know-where * (kenyit mata)

p/s : datem = dating

Wednesday, August 25, 2010

cincalok

popo : hai awek :) nak kenal boleh?
pupu : hai awek! abang single ni!

awek buat bodo. dia diiringi sekumpulan rakan yang berbeza bangsa darinya. siap berkepit jejaka asing lagi tu! kelas gitu~

popo : uih, sombongnya awek ni.
pupu : hang ingat hang ckukup baguih ka? apa, laki bangsa lain tu baguih sangat ka?
popo : kau berlagak la sekarang. ko ingat laki macam tu baik ke? eh kiteorang lagi baik la!
pupu : eleh nak berlagak la tu. hang kalau dari kampung tu kampung la jugak. kalau dah bangsa A, bangsa A la jugak. jangan ingat hang boleh jadi bangsa B pulak! tak sedaq diri betui la hang!

*
*
*
pernah alami situasi ini? =.=

cerita ni sebenaqnya aku tak penah la kena. sebab belum pernah orang siam ngorat aku lagi. (soalan : kenapa orang siam tak ngorat aku?) tapi aku penah dengar dan lihat la. cuma, part mamat tu kata aku ingat aku ni baguih sangat tu pernah la.

kisah yang sangat menyedihkan. yang paling meng-gampang-kan situasi ialah kerana kejadian ni berlaku kat dalam tren. tren shuttle aku selalu amek nak balik rumah aku tu.

aku : (sedang masuk gerabak tren, melihat dua orang mamat tunggu kat situ lalu berpura-pura bodoh)
laki 1 : hai awak :)
aku : *masih berbodohan*
laki 2 : (tahan pintu masuk gerabak. memang aku start berapi dah ni)
laki 1 : sombongnya awak.
aku : (tunduk macam nak sorok hidung)

laki 2 beredar sebab aku dah betul-betul depan dia. kalu aku ke depan lagi, alamat aku dan dia bakal berpelukan. (wow!) kemudian aku pun beredar ke tempat duduk. setelah aku melepasi pintu gerabak tu............

laki 1 : KAU INGAT KAU LAWA SANGAT KE?

sila ambil perhatian huruf besar. ini bermakna mamat itu menjerit sekuat hati di pintu gerabak

nasib baik dalam tren. nasib baik bunyi-bunyian kuat diluar tren. nasib baik kau lelaki. nasib baik aku ni pengecut. nasib baik aku baik *_*

cincalok punye mamat!

nampak efek api?


eh tapi itu bukan topik yang aku nak kupas hari ni. bengong pulak aku hari ni kan?

*kedengaran satu hall dipenuhi manusia berkata ya*


***BERBALIK PADA TOPIK ASAL***

ape yang aku nak sampaikan ialah mengenai segelintir orang yang tak puas hati kalau kita kawan dengan orang yang berlainan bangsa dengan kita dan tidak memilih mereka sebagai kawan. walaupun mereka dan kita sama bangsa.

sekarang ni, kau kenalah tengok, kenapa aku tak kawan dengan kau. kenapa mereka tak mahu kau sebagai kawan.

bukan kerana kulit.
bukan kerana saiz mata.
bukan kerana jenis rambut.

tapi hati, brader.

on the first place, lu dah kutuk-kutuk minah tu. itu sudah menampakkan jeni pemikiran yang korang ade. pemikiran yang sangat tertutup. yang diskriminasi. yang racist.

dan aku bukanlah nak katakan yang orang berlainan bangsa tu, kalau dibuat kawan atau life partner tersangatlah sesuai. orang-orang sendiri pun sesuai apa.

lagipun bukan semua awek yang kau nak tackle, ade boypren mat salleh kan?

*
*
*
*

"ala, laki *tuuut* bukan baik sangat pun. banyak main je. masuk lokap la. pusat serenti la."

kau pernah dengar ayat ni? memang la bukan laki aje. ni contoh je la =.=

*tuuut* disini bermaksud jenis bangsa yang universal. tiada kaitan dengan bangsa yang ada.


ha, tak terase nak buktikan ke yang kau bukan macam apa yang dikatakan?

yang penting hati lu dulu. kalau baik, nescaya baiklah jua apa yang akan kau dapat. dan jika buruk niatmu, maka buruklah jua pendapatanmu.

senang kan?

jadi janganlah kau kutuk-kutuk orang yang selalu hang-out dengan kawan bangsa lain. lagi bagus kalau kau boleh join mereka.


aku taw dah sekarang. aku ta boleh post panjang.
sebab biasanya di tengah jalan aku akan lupa
apa yang aku nak cakap sebenarnya. maafkan :)

"The smallest good deed is worth a thousand grand intentions"

regarding the last entry i posted, just wanna make sure that you all know i despise people who make fun of my name REPEATEDLY. for first-timers, i don't mind lah :) don't worry :)

so, setelah lama aku membelek, akhirnya aku jumpa puisi yang paling menarik (tukar channel sebab puisi dalam bahasa melayu, jadi eloklah kiranya aku ber-blog dalam bahasa melayu, kan?)

nah, hambek ni~

Menunggu Suami Pulang

Seorang perempuan murung
rambut mengurai atas bahu
wajahnya perit tenggelam dalam diri
rindunya makin terhimpit
pada suami keluar desa
tanpa khabar mana gerangan
tiga purnama belum pulang

Banyak bintang telah diintai
pungguk berkali-kali mengusiknya
padamkan rindu
dia tidak peduli
wajahnya menghadap ke laut
maka angin lembut membisik
merapa pipi.

Malam ini
angin lautlah
menjadi temannya
asal hilang segala sedih.

Apabila malam makin jauh
angin itu bertiup kencang
mendakap tubuhnya
dan terus berlalu
daun-daun layu gugur ke tanah
dia terus di jendela
merenunng jauh.

Matanya kepada pungguk atas dahan
yang menyanyikan lagu
tentang suaminya
dan tentang perangai angin
selepas bertiup kencang
akan menghilang
dan tidak kemabli lagi.

Dipungutnya ketul batu
dibalingnya pungguk
dan terbang lalu.

Malam esoknya
datang angin darat
bersama bulan basah
perempuan itu duduk di anjung serambi
rambutnya disanggul dua
manghitung manik-manik malam.

Berguraulah dia dengan angin mendayu
yang mencium rambut dan pipi
sejuknya segar ke hujung jari
hingga menusuk ke ulu hati.

Hampir di langit subuh
angin itu bertiup garang
menerkup tubuhnya
dan terus berlalu
dahan-dahan kayu patah ke tanah
dia duduk di jendela terus merenung jauh.

karya Jamdin Buyong - Ada Dalam Tiada

aku cukup suka. mungkin sebab aku emo, jadi puisi yang aku suka semua emo belaka. dan mungkin jua aku ada 'feel' semacam yang hendak disampaikan dalam puisi ini.

jamdin buyong menonjolkan watak suami itu semacam angin. yang datang dan pergi, meninggalkan si perempuan keseorangan. hanya malam peneman setia.

dah la. buruk rupanya jika aku terus mengomen. korang rasalah sendiri feelnya.



pungguk tu kughang ajaq. sebuk je nyakat perempuan tu! ^__^
pastu kena baling batu. ha baru hang taw! :P

photo diculik dan diedit. thanks makcik google