Friday, October 22, 2010

benci versus cinta

"dulu-dulu benci gila babi. sekarang suka gila babeng"

pernah alami tak benda sebegitu? haha! aku pernah. banyak kali. kadang-kadang tu kita benci sangat kat satu benda atau situasi atau orang, sampai satu saat, kita jadi suka tangkap lentok. aku pernah kena tiga-tiga kategori ni.

  • benda

  • selalunya bila dah diberi satu benda tu, lumrah la kalau ada yang kita ta minat. malah, kadang-kadang apa yang kita beli pun kita ta suka (pelik). dulu pernah aku belikan crocs malindi kalau tak silap (kaler oren). aku punya benci kat kasut tu. aku fikir benda tu memang nampak buruk la. dengan kaler striking ala nak bagi semua orang nampak. masa tu pulak crocs ni tak common lagi. masih hangat-hangat lagi. malu jugak nak pakai dulu-dulu. lepas tu, bila masuk utar, takdak kasut lain nak pakai pegi campus. crocs oren tu je la yang ada.

    nak taknak, haruslah pakai. lagipun mak aku tataw la yang aku ta suka kasut tu. kalau taw mesti dia tibai aku dengan kasut tu.. hahaha!

    bayangan situasi yang akan berlaku...

    lama-kelamaan, benci jadi cinta (ewah). suka sangat kat kasut tu sampai sangap kalau tak pakai (tipu). memang striking dan orang jadikan kasut aku tu trademark aku.

    amorn = crocs oren striking gila macam la dia seorang saja yang ada crocs

    dan aku bangga ada crocs tu. walaupun ada orang kata huduh dan 'clumsy' =.=

    dan aku masih cintakan kasut itu sampai sekarang. walaupun dah haus sikit, aku pakai jugak bila aku perlu kelihatan ala-ala feminis sikit.

  • situasi

  • contoh situasi yang aku tak pernah suka tapi lama-lama jadi cinta ialah kepermegianku ke kampar. dulu aku benci gila kampar. macam mana bencinya kolonel keyepsi benci kat ronald mekdonel. macam mana bencinya katy (kucing aku) terhadap air.

    pokoknya, memang aku benci hinga tak terkata!

    kena tinggal kat kampar, memang la ta suka. nak bagitaw, malu. nanti apa kata mamapapa. macam budak kecik.


    tapi itu dulu. zaman-zaman baru keluar rumah dan jauh dari ketiak mak. sekarang tidak lagi. aku dah tak benci kampar dan kata, "i hatechu kampar". kini aku selalu kata "i misschu kampar".

    kini ada kawan-kawan dan aktiviti-aktivit menarik yang buat aku tak benci kampar. kawan-kawan yang cukup baik dan memahami memang banyak membantu proses menyesuaikan diri.

    padahal kami sama-sama rindu rumah =.=

    kawan-kawan inilah yang ada bersama sentiasa. dan aku sayang kat mereka :) rindu pulaks :)

    dan aku sangat bersyukur berjumpa dengan mereka-mereka ini yang menjadi sahabat setia.

  • orang

  • dulu kan, i benci sangat kat dia tu. menyampah gila la. asyik kacau i ja. ish i taw la i ni lawa. mesti dia tak tahan tengok perempuan lawa macam i kan?

    benci benci benci!

    tup tup kahwin. okay, ini memang bukan cerita aku.


    dah kering otak okay babai ;)


    Friday, October 8, 2010

    sampainya hatimu



    muka suci rasa macam nak tampaq ja. tapi bila nek hangin, tak puas hati ada kucin len kat tempat dia, balanya bukan main lagi teruk!




    siap g klinik bagai. sabor je la. nasib aku syg kau katy. kalu ta, memang dah kena babap! hahahahahaha :)