Monday, February 23, 2009

badak berendam

hari ni morn tolong mak morn. masak-masak je. and this is what i did today (dengan bantuan laa) ;)

badak berendam
macam-macam bentuk. kami sengaja buat kecil-kecil kerana mengambil kira adik morn yang berpotensi tercekik! XD

tak ada satu pon yang sama bentuk && sama saiz. haha!


rupa akhir badak berendam. dengan santannya sekali.

badak berendamm.. rasa-rasanya panggilan ini untuk di utara dan pantai timur sahaja. di negeri lain, morn tak berapa pasti lah. cara-cara membuatnya? agak mudah kot. pastikan di rumah anda adanya tepung beras, daun pandan, santan, air dan gula.

mula-mula, uli tepung beras dengan air daun pandan ( didapati dari daun pandan yang diblendarr) sehingga menjadi doh yang separa basah. tak perlu kering sangat. mungkin akan pecah atau terputus ketika membentuknya. pada kebiasaannya, badak beendam ni kan bentuknya bulat dan agak besar. ada yang mencapai saiz bola golf! tapi bagi yang takut atau khuatir akan tercekik, buatlah dalam saiz yang kecil. lagipon, tak lenguh la nanti apabila mengunyah kan?

bila dah siap dibentuk, doh itu akan dimasukkan dalam kuali/periuk berisi air yang mendidih. tunggu sehingga doh itu timbul. yang timbul itulah yang telah masak. oh! sebelum terlupa, jika anda mahukan doh itu lebih kenyal nanti, masukkan air kapur sedikit. kendiannya, masukkan doh yang telah masak itu kedalam mangkuk berisi air untuk menyejukkannya.

bagi menyediakan kuah atau santan itu, mudah saja. didihakn santan bersama-sama gula mengikut kesesuaian. anda juga boleh memilih untuk menjadikan santan itu pekat atau cair. kendian, masukkan sedikit halia ke dalam santan itu untuk sedikit aroma. apabila santan mulai didih, ttup api dan masukkan santan ke dalam bekas bersama-sama doh yang telah direbus td. kacau rata dan ianya telah siap dihidangkan. sebagai variasi, masukkan sedikit ais semasa menghidang.

No comments: