Tuesday, July 7, 2009

TEH DIGULINGKAN

Kampar, 7 Julai 2009-TEH telah digulingkan kuasanya pada petang tadi. Sejarah ini telah meninggalkan banyak kesan terhadap kami, para rakyat TB7. Penggantinya, GSL akan menggambil alih kuasanya bermula esok.

Penggulingan kuasa tersebut telah berlansung selepas kelas tutorial G. Mass Communication petang tadi dengan campur tangan Mr. AL. Detik bersejarah ini telah lama dinanti-nantikan oleh rakyat TB7. Hal ini kerana telah berlaku pelbagai konflik ketika tempoh pemerintahan EH. terdapat pelbagai ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat yang berada di bawah pemerintahan beliau. Rasa tidak puas hati ini telah tiba pada puncak klimaksnya.

Namun begitu, penurunan kuasa ini telah diusulkan sendiri oleh EH. Beliua dengan rasa kurang malu telah menuding jari kepada rakyat-rakyat beliau dengan menyatakan bahawa rakyat beliau tidak mahu bekerjasama. Hal ini telah menaiikan kemarahan raktyat lalu penurunan kuasa itu telah dilansungkan.

Rakyat telah menyatakan hasrat mereka untuk memilih GSL unut menggantikan TEH.

Suatu majlis keramaian dijadualkan akan diadakan di salah sebuah restoran di Kampar. Majlis ini mungkin diadakan bagi meraikan detik bersejarah ini.

No comments: