13 Jun, Kampar Perak-Hari ini hari dalam sejarah. Kampar dituruni hujan sejak senja sehingga beberapa minit yang lalu. Ini merupakan detik bersejarah buat penduduk Kampar yang selama ini mengharungi cuaca yang terik dan panas.
Semenjak 2 atau 3 minggu yang lalu, inilah kali pertama hujan. Sangat mengharukan. Seorang penduduk, Amornrad sengaja mengambil air minum pada waktu itu kerana ingin bermain hujan. Beliau berkata beliau sengaja mengambil kesempatan untuk bermain dengan hujan kerana rindukan hujan. "Dah lama saya tak main hujan", katanya.
Amornrad atau lebih gemar dikenali sebagai Amorn menyatakan kesyukurannya mengenai hujan yang turun lewat petang tadi. Beliau juga menyatakan harapannya agar hujan akan turun lagy di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment