Malam seperti bersama-sama merasai apa yang aku tanggungi
Dalam hati ini
Panas, membahang amarah
Dari mata turun ke hati
Dari hati terbit cemburu
Menyelubungi jiwa
Membayangi diri
Mengapa kau dengan dia?
Mengapa bukan dengan aku?
Kita teman
Berjanji selalu akan bersama
Biar dicabar ombak meninggi
Mahupun tasik kepayahan yang mendalam
Namun bila yang baru tiba
Kau buang aku
Jauh darimu, lupakan aku
Aku sudah tiada erti, memori lama harus dibuang
Sekarat basikal tua
Selusuh kain lama
Laraku ku bawa jauh
Jauh darimu, hilang dari pandanganmu
Aku tidak mahu kau
Melihat laraku, membusuk di dalam jiwa
Sedihku yang membunuh diriku sendiri
Biar aku beransur
Entah kemana, yang pasti jauh darimu
Tiada lagi aku
Untuk menumpang kasihmu
Meminjam tenagamu
Merugikan masamu
Teman,
Kasihku masih teguh
Buatmu
Kini dan selamanya
No comments:
Post a Comment