Thursday, August 6, 2009

Barter

Cuba bayangkan kalau kita masih di zaman di mana sistem barter masih digunapakai. Persoalan ini tiba-tiba menyelubungiku tatkala aku sedang mendengar lecture Principles of Economics. Secara jujurnya, aku bukanlah seorang pelajar yang tekun mendengar segala lecture. Kerana itulah, timbul persoalan itu tadi. Tersenyumku sendirian ketika memikrkan kebarangkalian kejadian itu.

Bagaimana jika aku, seorang penternak ayam ingin mempunyai seikat sayur untuk makan tengah hari? Pastinya, aku perlu menukarkan ayamku dengan sayur, bukan? Tetapi, aku hanya mahu seikat sayur. Adakah aku patut memberikan seekor ayamku hanya untuk seikat sayur? Adakah ianya berbaloi? Dan, bagaimana jika petani itu tidak mahukan ayam? Haaaaaa...

Dan, cube bayangkan... Tiba-tiba terasa diri ingin bershopping. Takkan daku mahu menjinjing itu ayam ke mana sahaja aku pergi. Tidakkah itu pelik tampaknya? Hehehehe. Barangkali meletakkan ayam-ayam di dalam beg sambil membeli-belah? Hahahaha :)

Renung-renungkan dan sayangilah wang yang anda ada sekarang :)

No comments: