Monday, September 6, 2010

tentang kamcing dan laici

bukan senang seseorang tu nak bergaul dengan mudah. aku pun sama. bukan semua orang kita boleh 'ngam'. bukan semua boleh diajak berbicara tentang hal yang sama. perkara yang aku bicara sama kawan aku, aku diamkan aja di depan orang lain.

contoh? LAICI.

hanya yang paling rapat dengan aku tahu apa maksud laici tu. benda ni bukan boleh kongsi dengan semua orang.

sama juga prinsipnya dengan pergaulan. bukan semua boleh kamcing dengan semua. kalau semua boleh ngam dengan semua, aman dunia ni kau tahu tak? mane nak cari pergaduhan macam tu?

*sigh*

tapi jangan pulak kita jadi si freak yang tak mahu jumpa orang lain selain kawan baik kita. jangan jadi macam aku. sebab aku kurang minatlah lepak-lepas bersama orang yang aku kurang kenal. lainlah kalau sama minat.

lainlah kalau lelaki! *LOL*

gurau-gurau malam. jangan mareh :P

sebab nanti aku akan jadi orang lain. bergerak salah. bercakap pun salah. diam pun serba tak kena. macam kena ikat. amorn pun tiba-tiba kelihatan angelic sungguh sampai semua orang terasa terharu dengan perubahan mendadak aku.

wtf! :P

jadi sebab tu aku prefer keluar dengan yang memang kenal aku. senang aku nak berseloroh bertepuk tampar berpeluk cium segala. dan mereka tahu aku siapa sebenarnya. kalau aku berseloroh hal lucah segala pun, akan dilayan.

kalau dengan orang lain, pasti aku dicop gatai.

walaupun aku memang gatai. tapi biarlah orang-orang yang penting saja tahu. seperti geng westlake. korang je tahu laici tu apa, kan?

heh pasti aku rindu korang gila babeng punya. sebab hanya dengan korang aku boleh berbicara bodoh. tapi aku tahu korang tak bodoh macam aku. malah setiap hari, korang semakin pandai setelah mendengar aku berseloroh lucah kan?

*bangga*

tersayu aku bila terfikir. 'cuti' lama aku tu terlalu lama. cukup lama untuk bikin hati gelisah. dan yang paling penting aku juga akan merindui geng westlake. i lap u all bebehs! :)