jika cinta itu buta,
perlukan kita butakan hati?
jika cinta membahagiakan,
kenapa perlu titiskan air mata
tatkala bercinta?
jika cinta adalah segalanya,
kenapa perlu ada dua dan tiga
malah empat untuk bahagia?
jika cinta luhur,
mengapa pudar ditelan masa
luntur dimamah usia?
jika cinta kukuh,
mengapa runtuh musnah
dilanggar cemburu sang pemusnah
jika cintamu satu
mengapa tinggalkan
hanya kerana ego
jika ada cinta,
mengapa ada sunyi?
No comments:
Post a Comment