Monday, June 21, 2010

pendapat hari ini

kenapa kita mencari yang sempurna bila yang sempurna itu sendiri tiada dalam diri kita. adakah layak kita menginginkan yang sempurna bila kita sendiri tidak sempurna?

layakkah kita mendambakan yang cantik
bila kita sendiri bertalam bedak dipakai
untuk menutup cela di muka?

layakkah kita mendambakan yang kacak
bila kita sendiri terkial-kial
menutup cacat yang ada?

layakkah kita mendambakan yang melidi
bila kita sendiri beli baju pun
payah nak cari?

apa itu sempurna?
perlukah sempurna?

bukan aku nak halang
untuk kau, kau dan kau
jika mahu cari yang sempurna
hak hakiki setiap manusia

jika terjumpa, simpan baik-baik
peliharalah dengan penuh kasih
jagalah dengan penuh cinta

tapi jika tidak
perlukah kau mengeluh
mengadu menyesali
hidupmu sendiri?



4 comments:

shafiz67 said...

layakkah kita mendambakan yang cantik
bila kita sendiri bertalam bedak dipakai
untuk menutup cela di muka?

mon,trase ati i,mentang2 la i pakai powder sbb mke i manyak pimples ='(

tuankedaitehtarik said...

eh i ade ckp u ke? blah la... lgpun bukan byk sgt bedak u pakai..?

itu perumpamaan je la...

lgypun i ckp psl org yg tepek bedak smpai muka macam tepung gomak tuu haaaaaa....

shafiz67 said...

hahahahhaa,
i sje je la,
i x trse lgsung pun,
lalalala

tuankedaitehtarik said...

poyo la u ni amni oi ! :P