Wednesday, September 22, 2010

kepingan


bila hati berkeping-keping
retak dihempas oleh kau
aku hanya tersenyum
"biarlah. ini baru pertama kalinya" kata aku

aku membongkok-bongkok
kutip semula keping-keping itu
lalu aku tampal semula
dengan segala memori yang selama ini ada

nafas panjang mengiringi
aku kejar kau semula
dengan hati yang baruku tampal

dan bila hati ini berkeping semula
kau pula yang kutip
bahagia sungguh aku rasakan
walaupun hati aku berciciran jatuhnya

kemudian kau tampalkan
kau baiki
baik seperti sedia kala
kukuh seperti selalu

dan sesungguhnya seolah hatiku ini
memang takdirnya hanya untuk dihempas
sekali lagi hatiku berkeping
malah ada kepingan yang hilang
dihempas terlalu kuat, barangkali

kau cuba kutip
kau cuba cari
kau cuba tampal
kau cuba baiki

tapi hatiku ini sudah rapuh
tiada gam yang bisa mencantum
tiada kata yang bisa menyembuh
kepingan itu bagaikan sudah tidak mahu bersama lagi

lalu aku biarkan kepingan itu
bertaburan di hadapanmu
cubalah walau sebanyak mana yang kau mahu, sayang
cubalah baiki hatiku itu

lalu kepingan itu aku tinggalkan
hatiku kini tiada
biarlah dadaku kosong saja
supaya tiada lagi hatiku ini berkeping
supaya tiada lagi hatiku ini sengsara.

biarkan.

pertarungan hebat


kisah bapaku kena buli sama katy. eh bukan bapak aku buli katy. katy buli dia. hebat kan?

katy lompat atas katil bapak aku. bapak aku sedang kusyuk la baca buku dia tu. sedar-sedar katy dah berada di atas katil, betul-betul dekat kaki dia. sebagai kucing yang garang, katy ni pantang kalau takda orang layan dia. dia mesti cari kaki atau tangan untuk digustikan. bukan takat gusti, cakar dan gigit turut terlibat!

kau check tengok tangan-tangan keluarga aku. penuh calaran gigitan beb!

lepas tu, katy mula la bengang sebab bapak aku buat ta tahu je dengan dia. maka, dengan segala kuasa dia pun cuba nak menerkan tangan bapak aku.

tapi bapak aku lagi pantas woo! dia pun bukak langkah! macam pahlawan la beb!

tangan yang di-aim katy tu bapak aku tarik cepat-cepat. lalu menerpa katy. lalu tangan yang ada tu dia pun attack katy!

dah macam wrestling dah ni!

bapak aku pun sua tangan. agak-agak nak bagi penampo kot!

kemudian......................................................


















bapak aku pun membelai la si kucing bertuah tak sedaq diri tu. dengan harapan katy bertenang dan melupakan hasratnya untuk menerkam kaki dan tangan bapak aku.

bijak kan bapak aku?


Tuesday, September 21, 2010

teknologi versus nenek

tadi aku terdengar wawancara di televisyen mengenai teknologi yang membuatkan kita anti-sosial terutamanya dalam kalangan remaja.

terkekek aku bila mendengar. kerana ada yang betul. sangat benar sehingga terkena batang hidung aku sendiri. T_T

mereka-mereka di kaca televisyen berbicara tentang suasana raya yang sepatutnya dimanfaatkan oleh remaja-remaja untuk bersembang dengan yang lebih tua. tetapi, dengan teknologi yang semakin membutakan, remaja lebih selesa melayan facebook, myspace dan juga telefon bimbit masing-masing.

tipulah kalau kau semua tak buat macam tu kan? sebab aku pun buat jugak KADANG-KADANG.

*perhatikan perkataan 'kadang-kadang' tu.*

tapi kini aku sudah sedar sedikit. berbanding waktu-waktu kejahilan aku dulu. dulu, teknologi diletakkan dulu sebelum apa-apa. orang kata, 'waktu batak dulu'. cinta aku kepada teknologi (myspace dan telefon bimbit) terlalu banyak sehingga bapak aku terpaksa menghadkannya.

siap kene grounded daripada menggunakan teknologi bhai.

tapi jangan kerana teknologi ini kau orang ketepikan perkara-perkara penting di waktu-waktu perayaan ini. this is the time to be jolly and to get to know each other more.

jika bukan kerana hari-hari perayaan macam ni, kau orang takkan kenal kampung. tak kenal opah. tak kenal tok wan. betui dak?

bila sudah tiada nanti, jangan terkedek-kedek teringat kat mereka.

jadi manfaatkanlah. update facebook tu, bila balik pun boleh buat kan? kalau nak sangat update tu, buatlah. tapi biarlah berpada-pada.

"apolah cucu den ni ha. dari tadi nengok kotak putih tu ha. den dah lamo tak nengok cucu den. tapi dio buek tak tahu jo dengan den. sodih den!"

janganlah biarkan ini berlaku yo! :)