Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Monday, January 3, 2011

tentang kemaluan, sampah, minda orang malaysia dan iklan malaysia

huhh! lagi beberapa hari lagi untuk berdaftar di sekolah. cadangnya nak buat jahat. seperti selalu lah. siapa kata aku baik sila nilai semula! hahahaha! apa yang jahat tu, kau tanya? lepas aku dah buat nanti aku ceritakan. kalau cerita sekarang barangkali terpaksa batalkan rancangan jahat tu. tak hero (heroin?) lah nanti. lagipun, kalau dah riak bercerita kemudian tak jadi, malu besar okay. bak kata bapak aku, 'kemaluan besar'. sorry, bukan alat kemaluan kau orang tu ha. jangan nak kata aku lucah. lagipun kau orang tak ada alat kemaluan ke nak kecoh-kecoh? hahaha aku cakap alat tu kira bersopan lagi. kalau nama-nama lain, tak ke lagi kemaluan besar, kan? tapi aku tak hipokrit la macam kau orang. depan-depan mengata orang yang mencarut. belakang-belakang, sama je kaki carut jugak. haha!

okay, cukup-cukuplah tu dengan mengata orang. tabiat ni, bila nak buang ha? *cakap dengan diri sendiri*

tahun baru? apa ertinya? sekadar hoohaa hoohaa lepas tu continue life macam biasa, baik tak payah nak kecoh la. rakyat malaysia pun tak reti-reti nak berubah. dah raikan tahun baru, sampah merata-rata dibuang. macam binatang okay. at least, binatang tak buang sampah. tak pakai plastik-plastik lepas tu campak je. sapa-sapa terasa? jangan marah aku. aku cuma nak tolong bumi saja. adik mia sara pun tahu plastik tu tak elok. kau orang? masih hilang di alam khayalan kan?

dan aku agak suka tindakan kerajaan yang menguatkuasakan hari sabtu tanpa plastik tu. dulu selangor saja. sekarang satu negara. hambek kau. pandai2 la kau orang cari beg. ala, bukan tiap2 hari kan? kalau rasa tak setuju, jangan p beli-belah pada hari sabtu okay? garam takdak, pandai2la bayangkan masakan kau tu masin. hahah! :)

ni lagi satu aku tak puas hati. naik tahun baru pun sakit mata aku tengok tv. pertamanya ialah iklan2 yang aku rasa paling bangang sekali dalam hidup aku selama 20 tahun ni. opps dah 20 tahun kan aku? haha! nak taw iklan ape? ha kau orang cari sendiri. iklan ini menampilkan 3 orang pakcik dari berlainan bangsa. ada dua part. yang pertama, lokasinya di kedai minum. seorang pakcik tu mintak teh tarik untuk kawan2 dia. teka la kau orang. hahah! :) lagi satu part ialah di tempat yang sama, tetapi situasi yang berbeza. nak mintak jemputkan anak2. lepas tu siap berpeluk2 bemo emo pulak kat kedai makan tu.

i mean, wtf?

iklan yang tak menusuk jiwa pun. sebab situasi yang diberi macam tak logik. bukan takat tu, memang semualah tak logik. aku rasa nak hempuk je tv bila tengok.

okay, aku tak maw la kutuk orang yang buat atau mesej yang hendak disampaikan. aku rasa mesej tu penting. tapi cara mesej itu disampaikan cukup membuat aku meluat. kutuk sakan kan aku ni?

aku rasa cara penyampaian mesej2 dalam iklan2 di thailand lagi bagus. lagi mendalam dan pada aku, terus dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. dan bila mesej tu ada kaitan dengan kehidupan kita, nescaya mesej yang hendak disampaikan tu, akan lebih diterima dan seterusnya dijadikan pedoman hidup. ada yang lawak dan ada yang sedih. tapi itu semua realiti.

kadang2 manusia ni tak mahu mengaku sesetengah perkara yang mungkin pada pandangan mereka mengaibkan atau memalukan. tapi aku rasa dengan menampilkan realiti2 kehidupan ini, barulah iklan2 tu dapat difahami dan didalami. senang cerita kau orang tengok la iklan2 thailand tu. ada yang lucah. ada yang ter-over sikit. tapi mesej mendalam.







mesti orang yang buat iklan tu marah kalau baca ni. mesti dia kata, "kau pandai sangat kan? kau buat la sendiri tengok!"

tapi kalau mereka fikir macam tu, maknanya tak berwawasan la mereka. sepatutnya mereka improve la kalau tahu iklan2 tu tak membawa impak yang besar kepada rakyat malaysia.

jangan la hentam aku nanti * kata hati * hahah! :)

haih banyaknya mengata hari ini. penuh dah quota mengumpat untuk hari ini. esok2 pulak kita mengata okay?

adios amigos.

Thursday, November 11, 2010

kanda jangan pernah pergi lama



it's jay's first time collaborating with ryan and wongfu productions. and it was superb :) looking forward for more from jay :) and of course can't wait for ryan's new vids wey :)

PANAS PANAS PANAS



all that i wanted, for now :)

okay dang, it's official. i really need a new piercing right now. okay not right now but soon. pretty soon. and i miss my tongue piercing dearly. awwwww shouldn't have took it out.

and i wonder how can we be addicted to piercings? you tell me :)


and i want this as bad as i want the tongue piercing :)


apart form that, i am now funding some money ( no more pocket money cuz i'm on holiday now. sob sob) for a new interest. actually, it's not really new but i guess the passion just popped out of no where, again.


damn how i wish i could get back what you owed me.




Friday, October 22, 2010

benci versus cinta

"dulu-dulu benci gila babi. sekarang suka gila babeng"

pernah alami tak benda sebegitu? haha! aku pernah. banyak kali. kadang-kadang tu kita benci sangat kat satu benda atau situasi atau orang, sampai satu saat, kita jadi suka tangkap lentok. aku pernah kena tiga-tiga kategori ni.

  • benda

  • selalunya bila dah diberi satu benda tu, lumrah la kalau ada yang kita ta minat. malah, kadang-kadang apa yang kita beli pun kita ta suka (pelik). dulu pernah aku belikan crocs malindi kalau tak silap (kaler oren). aku punya benci kat kasut tu. aku fikir benda tu memang nampak buruk la. dengan kaler striking ala nak bagi semua orang nampak. masa tu pulak crocs ni tak common lagi. masih hangat-hangat lagi. malu jugak nak pakai dulu-dulu. lepas tu, bila masuk utar, takdak kasut lain nak pakai pegi campus. crocs oren tu je la yang ada.

    nak taknak, haruslah pakai. lagipun mak aku tataw la yang aku ta suka kasut tu. kalau taw mesti dia tibai aku dengan kasut tu.. hahaha!

    bayangan situasi yang akan berlaku...

    lama-kelamaan, benci jadi cinta (ewah). suka sangat kat kasut tu sampai sangap kalau tak pakai (tipu). memang striking dan orang jadikan kasut aku tu trademark aku.

    amorn = crocs oren striking gila macam la dia seorang saja yang ada crocs

    dan aku bangga ada crocs tu. walaupun ada orang kata huduh dan 'clumsy' =.=

    dan aku masih cintakan kasut itu sampai sekarang. walaupun dah haus sikit, aku pakai jugak bila aku perlu kelihatan ala-ala feminis sikit.

  • situasi

  • contoh situasi yang aku tak pernah suka tapi lama-lama jadi cinta ialah kepermegianku ke kampar. dulu aku benci gila kampar. macam mana bencinya kolonel keyepsi benci kat ronald mekdonel. macam mana bencinya katy (kucing aku) terhadap air.

    pokoknya, memang aku benci hinga tak terkata!

    kena tinggal kat kampar, memang la ta suka. nak bagitaw, malu. nanti apa kata mamapapa. macam budak kecik.


    tapi itu dulu. zaman-zaman baru keluar rumah dan jauh dari ketiak mak. sekarang tidak lagi. aku dah tak benci kampar dan kata, "i hatechu kampar". kini aku selalu kata "i misschu kampar".

    kini ada kawan-kawan dan aktiviti-aktivit menarik yang buat aku tak benci kampar. kawan-kawan yang cukup baik dan memahami memang banyak membantu proses menyesuaikan diri.

    padahal kami sama-sama rindu rumah =.=

    kawan-kawan inilah yang ada bersama sentiasa. dan aku sayang kat mereka :) rindu pulaks :)

    dan aku sangat bersyukur berjumpa dengan mereka-mereka ini yang menjadi sahabat setia.

  • orang

  • dulu kan, i benci sangat kat dia tu. menyampah gila la. asyik kacau i ja. ish i taw la i ni lawa. mesti dia tak tahan tengok perempuan lawa macam i kan?

    benci benci benci!

    tup tup kahwin. okay, ini memang bukan cerita aku.


    dah kering otak okay babai ;)


    Wednesday, September 22, 2010

    kepingan


    bila hati berkeping-keping
    retak dihempas oleh kau
    aku hanya tersenyum
    "biarlah. ini baru pertama kalinya" kata aku

    aku membongkok-bongkok
    kutip semula keping-keping itu
    lalu aku tampal semula
    dengan segala memori yang selama ini ada

    nafas panjang mengiringi
    aku kejar kau semula
    dengan hati yang baruku tampal

    dan bila hati ini berkeping semula
    kau pula yang kutip
    bahagia sungguh aku rasakan
    walaupun hati aku berciciran jatuhnya

    kemudian kau tampalkan
    kau baiki
    baik seperti sedia kala
    kukuh seperti selalu

    dan sesungguhnya seolah hatiku ini
    memang takdirnya hanya untuk dihempas
    sekali lagi hatiku berkeping
    malah ada kepingan yang hilang
    dihempas terlalu kuat, barangkali

    kau cuba kutip
    kau cuba cari
    kau cuba tampal
    kau cuba baiki

    tapi hatiku ini sudah rapuh
    tiada gam yang bisa mencantum
    tiada kata yang bisa menyembuh
    kepingan itu bagaikan sudah tidak mahu bersama lagi

    lalu aku biarkan kepingan itu
    bertaburan di hadapanmu
    cubalah walau sebanyak mana yang kau mahu, sayang
    cubalah baiki hatiku itu

    lalu kepingan itu aku tinggalkan
    hatiku kini tiada
    biarlah dadaku kosong saja
    supaya tiada lagi hatiku ini berkeping
    supaya tiada lagi hatiku ini sengsara.

    biarkan.

    Monday, September 13, 2010

    sepalit kotoran yang menghantui

    dosa yang aku bawak kemana-mana.
    bukan ada siapa yang tahu.
    nak diberitahu, malu.
    aib.
    semuanya ada.
    dan jika aku ceritakan kisah mengarut ni kepada orang, barangkali aku sudah tidak akan ada mereka-mereka.

    nanti aku tinggal hanya aku. keseorangan.

    sebab pasti orang-orang yang aku hormati itu hilang hormatnya untuk aku. hilang percayanya untuk aku.

    hanya itu harta aku. jika semua itu pun hilang, ke mana lagi mahu aku pergi?

    ke lubang jahanam?

    barangkali, ya.
    tapi aku pengecut.
    aku manusia hina.
    yang maruahnya dicampak ke tepi.

    aku bukan macam kau.
    kuat.

    aku bukan macam kau.
    teguh.

    aku goyah.
    pendirian hilang.
    pedoman musnah.

    dulu riak.

    padan dengan muka aku.
    sebodoh-bodoh, itulah aku.
    sehina-hina, itulah aku.

    nak disalahkan orang lain.
    aku jua yang memberi.
    nak dimarahkan orang lain.
    aku sendiri yang lemah.

    mana pemutar masa yang aku idam-idamkan dulu?
    mana magik yang bisa bawa aku kembali ke masa silam?

    kerana jika boleh
    aku mahu
    supaya aku tiada
    di dunia
    agar senang hati semua
    agar tak tercemar maruah
    agar dosa ini takkan menghantui aku




    Monday, September 6, 2010

    tentang kamcing dan laici

    bukan senang seseorang tu nak bergaul dengan mudah. aku pun sama. bukan semua orang kita boleh 'ngam'. bukan semua boleh diajak berbicara tentang hal yang sama. perkara yang aku bicara sama kawan aku, aku diamkan aja di depan orang lain.

    contoh? LAICI.

    hanya yang paling rapat dengan aku tahu apa maksud laici tu. benda ni bukan boleh kongsi dengan semua orang.

    sama juga prinsipnya dengan pergaulan. bukan semua boleh kamcing dengan semua. kalau semua boleh ngam dengan semua, aman dunia ni kau tahu tak? mane nak cari pergaduhan macam tu?

    *sigh*

    tapi jangan pulak kita jadi si freak yang tak mahu jumpa orang lain selain kawan baik kita. jangan jadi macam aku. sebab aku kurang minatlah lepak-lepas bersama orang yang aku kurang kenal. lainlah kalau sama minat.

    lainlah kalau lelaki! *LOL*

    gurau-gurau malam. jangan mareh :P

    sebab nanti aku akan jadi orang lain. bergerak salah. bercakap pun salah. diam pun serba tak kena. macam kena ikat. amorn pun tiba-tiba kelihatan angelic sungguh sampai semua orang terasa terharu dengan perubahan mendadak aku.

    wtf! :P

    jadi sebab tu aku prefer keluar dengan yang memang kenal aku. senang aku nak berseloroh bertepuk tampar berpeluk cium segala. dan mereka tahu aku siapa sebenarnya. kalau aku berseloroh hal lucah segala pun, akan dilayan.

    kalau dengan orang lain, pasti aku dicop gatai.

    walaupun aku memang gatai. tapi biarlah orang-orang yang penting saja tahu. seperti geng westlake. korang je tahu laici tu apa, kan?

    heh pasti aku rindu korang gila babeng punya. sebab hanya dengan korang aku boleh berbicara bodoh. tapi aku tahu korang tak bodoh macam aku. malah setiap hari, korang semakin pandai setelah mendengar aku berseloroh lucah kan?

    *bangga*

    tersayu aku bila terfikir. 'cuti' lama aku tu terlalu lama. cukup lama untuk bikin hati gelisah. dan yang paling penting aku juga akan merindui geng westlake. i lap u all bebehs! :)

    tentang aku yang perasan nak mengaku aku layak

    raya dah nak dekat. aku masih di kampar. ye aku tahu, bukan aku yang patut bersedih aku di kampar sekarang.

    sbb, "ala, kau bukan raye pun. yang kau sibuk kenapa?"

    aku pun nak raya, salah ke? aku tahu aku ni ala-ala macam perasan aku ni layak beraya.

    bukan sengaja aku nak menumpang. bukan saja aku tak mahu mengaku. tapi aku lebih sukakan kebiasaan. aku penat jadi freak. aku penat jadi si pelik hodoh yang entah mana asalnya.

    maki la aku. marah la aku.

    sekalipun aku tak layak, aku cuma inginkan ketenangan.


    Friday, August 27, 2010

    bila malam bulan dan bintang tiada dan bila hati berkeping-keping


    sepi memeluk tubuh
    mencengkam jiwa menyiksa batin
    mengobek hati

    ku lihat ke luar tingkap
    dengan harapan
    bulan dan bintang boleh menemani
    agar hilang duka ini

    tapi bulan dan bintang
    turut menyepi
    merajuk di sebalik kegelapan
    aku keseorangan

    pulanglah wahai bulan
    kembalilah wahai bintang
    siapa lagi penemanku
    kalau bukan kamu

    tak boleh tidur


    bila saatnya kau boleh mengerti
    aku peduli
    aku risau
    aku sayangkan kau

    bila saatnya kau boleh fahami
    aku bukan tak ambil tahu
    aku bukan tak mahu tolong
    aku bukan tak faham

    ambil hati ini
    pecahkan dan lihat apa di dalam
    ambil keping-kepingnya
    simpan bersamamu
    agar kau tahu
    siapa aku sebenarnya

    Thursday, August 26, 2010

    katy memang gedik

    went for the last class for pendidikan moral. the presentaion was superb! :) sangat kelako okay. and their ideas was so creative, i don't think i'll able to come up with the ideas they used.

    thumbs up to them :) and they got full marks too! huraaayyyy! semua orang dapat full marks wey *muka bangga*

    anddddddddddd *muka bengang* yesterday, my presentation group aka gg productions had a barbeque. andddd the best part is that I DON'T KNOW A SINGLE THING ABOUT IT!

    fml.

    aku pun tataw macam mana aku boleh tataw. dan tataw la jika mereka tahu aku tataw.

    *still wondering*

    okay, enough about that. come feast your eyes with this photo pulak. saje je katy nak say hi to ya'll. she's the most gedik cat i've ever known O_o




    Wednesday, August 25, 2010

    cincalok

    popo : hai awek :) nak kenal boleh?
    pupu : hai awek! abang single ni!

    awek buat bodo. dia diiringi sekumpulan rakan yang berbeza bangsa darinya. siap berkepit jejaka asing lagi tu! kelas gitu~

    popo : uih, sombongnya awek ni.
    pupu : hang ingat hang ckukup baguih ka? apa, laki bangsa lain tu baguih sangat ka?
    popo : kau berlagak la sekarang. ko ingat laki macam tu baik ke? eh kiteorang lagi baik la!
    pupu : eleh nak berlagak la tu. hang kalau dari kampung tu kampung la jugak. kalau dah bangsa A, bangsa A la jugak. jangan ingat hang boleh jadi bangsa B pulak! tak sedaq diri betui la hang!

    *
    *
    *
    pernah alami situasi ini? =.=

    cerita ni sebenaqnya aku tak penah la kena. sebab belum pernah orang siam ngorat aku lagi. (soalan : kenapa orang siam tak ngorat aku?) tapi aku penah dengar dan lihat la. cuma, part mamat tu kata aku ingat aku ni baguih sangat tu pernah la.

    kisah yang sangat menyedihkan. yang paling meng-gampang-kan situasi ialah kerana kejadian ni berlaku kat dalam tren. tren shuttle aku selalu amek nak balik rumah aku tu.

    aku : (sedang masuk gerabak tren, melihat dua orang mamat tunggu kat situ lalu berpura-pura bodoh)
    laki 1 : hai awak :)
    aku : *masih berbodohan*
    laki 2 : (tahan pintu masuk gerabak. memang aku start berapi dah ni)
    laki 1 : sombongnya awak.
    aku : (tunduk macam nak sorok hidung)

    laki 2 beredar sebab aku dah betul-betul depan dia. kalu aku ke depan lagi, alamat aku dan dia bakal berpelukan. (wow!) kemudian aku pun beredar ke tempat duduk. setelah aku melepasi pintu gerabak tu............

    laki 1 : KAU INGAT KAU LAWA SANGAT KE?

    sila ambil perhatian huruf besar. ini bermakna mamat itu menjerit sekuat hati di pintu gerabak

    nasib baik dalam tren. nasib baik bunyi-bunyian kuat diluar tren. nasib baik kau lelaki. nasib baik aku ni pengecut. nasib baik aku baik *_*

    cincalok punye mamat!

    nampak efek api?


    eh tapi itu bukan topik yang aku nak kupas hari ni. bengong pulak aku hari ni kan?

    *kedengaran satu hall dipenuhi manusia berkata ya*


    ***BERBALIK PADA TOPIK ASAL***

    ape yang aku nak sampaikan ialah mengenai segelintir orang yang tak puas hati kalau kita kawan dengan orang yang berlainan bangsa dengan kita dan tidak memilih mereka sebagai kawan. walaupun mereka dan kita sama bangsa.

    sekarang ni, kau kenalah tengok, kenapa aku tak kawan dengan kau. kenapa mereka tak mahu kau sebagai kawan.

    bukan kerana kulit.
    bukan kerana saiz mata.
    bukan kerana jenis rambut.

    tapi hati, brader.

    on the first place, lu dah kutuk-kutuk minah tu. itu sudah menampakkan jeni pemikiran yang korang ade. pemikiran yang sangat tertutup. yang diskriminasi. yang racist.

    dan aku bukanlah nak katakan yang orang berlainan bangsa tu, kalau dibuat kawan atau life partner tersangatlah sesuai. orang-orang sendiri pun sesuai apa.

    lagipun bukan semua awek yang kau nak tackle, ade boypren mat salleh kan?

    *
    *
    *
    *

    "ala, laki *tuuut* bukan baik sangat pun. banyak main je. masuk lokap la. pusat serenti la."

    kau pernah dengar ayat ni? memang la bukan laki aje. ni contoh je la =.=

    *tuuut* disini bermaksud jenis bangsa yang universal. tiada kaitan dengan bangsa yang ada.


    ha, tak terase nak buktikan ke yang kau bukan macam apa yang dikatakan?

    yang penting hati lu dulu. kalau baik, nescaya baiklah jua apa yang akan kau dapat. dan jika buruk niatmu, maka buruklah jua pendapatanmu.

    senang kan?

    jadi janganlah kau kutuk-kutuk orang yang selalu hang-out dengan kawan bangsa lain. lagi bagus kalau kau boleh join mereka.


    aku taw dah sekarang. aku ta boleh post panjang.
    sebab biasanya di tengah jalan aku akan lupa
    apa yang aku nak cakap sebenarnya. maafkan :)

    Wednesday, July 21, 2010

    hidup


    hidup
    sementara
    tak kekal
    hari ini kelihatan
    esok lusa entah ke mana

    aku hidup di dunia
    lahir 19 tahun dahulu
    harapnya menjadi kebanggaan

    tapi
    harapan tinggal debu
    kebanggaan bersepah
    bagai disumpah
    aku hanya sampah

    bangsat
    di mana salah aku?
    bangsat
    mengapa aku?

    butiran permata
    tak dapat lagi disorok
    kelopak mata membengak
    protes
    tak tertahan lagi beban
    akhirnya berderai melimpah habis-habisan

    tolong
    aku ingin ubah
    tolong
    aku ingin
    supaya mereka bangga
    hilang kecewa
    hilang derita

    kaki
    tolonglah kuatkan diri
    kumpul tenaga
    kumpul cekalmu
    berdiri
    bertahan

    semangat
    tolonglah keraskan hati
    bulatkan perasaan
    kukuhkan jati

    tiada lagi yang dulu
    pergi mampus semua itu
    jahanamkan diriku
    yang tak berguna
    yang hanya memalukan

    aku ingin ubah

    life


    life is just temporary. nothing's permanent and nothing's going to stay there forever. life forms and life can be taken away, without you even getting a chance to enjoy and make full use of it.

    that's life to me.

    so, i make it a note that life should be all about doing what's best and getting the joy of life is one of the most important thing.

    i know, life sucks. tell me who's life doesn't.

    believe me, no matter who you are., you life still sucks, sometimes. kan?

    mine sucks big time. believe me. but we are not here to discuss that, mind you :) this post will be about life and the way i see it.

    for me, no matter who you are, rich or poor, smart or stupid, you are how you life your life. you hold the key to your very own life. some may stick to the idea that your life depends on your fate.

    no one's denying that.

    but, i would like to add that there are something that you could do with your life and feel superbly good about it. i think life is both, fate and hard work.

    a guy once told me that he feels that his life is meaningless. he regrets being in this world. he's down and feels that he could do nothing about it.

    i get that feeling. i have it sometimes, too. with some recent happenings, i do feel that i'm a disappointment to my parents. a disgrace, actually. i know it's hard for my parents to accept that their daughter is not as bright as they expect to be.

    i'm never gonna be a scientist. let alone a dentist, a profession that my father has always encouraged be to get into. not even a teacher, like my mother. i ain't going anywhere renounced universities like my friends. let alone overseas universities.

    okay this has to stop. suddenly this entry is about me.

    cut the crap. okay, what i wanted to say is that, i think all these temporary things will not be the measurement of how good your life is. having houses as big as palaces doesn't mean that you own all the happiness in the world. having branded stuffs don't make you any difference than me if you have loads of problems stacking up, waiting for you to settle.

    what's important is how you use what's left in your life, for the best in the future.

    you can find ways to gain money. you can try all sorts of ways to get education. nothing is impossible.

    the only challenge is yourself. no one is gonna be pity on you for the rest of your life.

    someday, they'll be sick of the whinnings. someday, you have to prove that you're worth it. worth to be on this world.

    i'm not in a perfect life either. so, let us all try our very best to be good in what we're really good at.

    ah, as usual, crapping from me :) adios amigos.

    Sunday, July 11, 2010

    sunyi begini


    sunyi
    tiada apa yang berbunyi
    tiada pergerakan
    hanya jiwa aku yang berpeleseran

    gelap
    hanya cahaya bulan yang malap
    burung-burung menyorok
    bintang-bintang tersorok

    kulihat keluar jendela
    hanya lampu bilikku yang bernyala
    kulihat keluar langit
    cahaya bulan sekecil lampu picit

    sakit yang aku rasa
    perit hati terluka
    tiada yang tahu
    beratnya tertanggung di bahu

    biarkan saja sunyi begini
    biarkan saja terubat hati



    diskriminasi

    hidup oh hidup....

    sebenaqnya aku nak cerita sikit pasai ketidakpuasaan hati aku. aku memang tak puas hati dengan orang-orang yang mentalitinya bagaikan beg usang yang dah tak mampu diisi apa-apapun lagi. bukan nak hina, perumpamaan sajaaaaaaaaaa. peace!

    berbalik kepada topik...

    aku tak puas hati la bila makan, aku selalu kena mintak chopsetik atau dengan panggilan saintifiknya, penyepit. peh bengang sial.

    aku taw aku ta sesepet mana. tak seputih gebu mana. rambut tak selurus mana.

    bat ai noe haw tuu use de fakking chopsetik la!!

    makan wat tan hor atau nama lainnya, kuey toew kungfu atau apa-apa panggilan yang diberi dengan sudu garpu mana best. kuey teow akan seringkali tergelincir dan sudu yang leper lagi cetek itu takkan dapat menampung kuey toew itu.

    ada paham?

    disebabkan aku dapat sudu garpu, aku pun mintak la chopsetik. datanglah mamat tu semula ke meja aku dengan chopsetik SAHAJA.

    bodohhhhhhh!

    mana sudu yang lebar lagi besar lagi dalam tu? aku nak dow! macam mana nak makan dengan chopsetik dan SUDU BESI tu?

    bodohhhhh lagi!

    eh lu ingat wa muka gelap, hidung penyet ta rety pakai chopsetik ka?

    dunia dah maju bhai. muka gelap, tak semestinya tak rety pakai chopsetik. muka cerah tak semestinye ta rety makan pakai tangan.


    gambar aku curi kat sini


    diskriminasi. aku nak gi buat pembedahan pelastik, bagi kulit cerah, mata sepet. babai.

    Saturday, July 10, 2010

    kutuk-mengutuk

    hari ini aku nak post entry berbentuk kutukan dan umpatan. kutukan inni ditujukan khas kepada orang-orang yang sama seperti aku, suka mengutuk. ya, aku suka mengutuk dan aku memang ikhlas mengakuinya. kau?

    okay. ceritanya begini. aku selalu dengar si polan ni mengutuk orang. biaselah tu. tapi yang ta biasenye ialah si pengutuk tu ade hati lak nak meminta pertolongan si polan tu.

    kalau gamaknya begitu, jangan dikutuk insan tersebut. kan?

    bagi aku, kalau aku dah kutuk, sumpah seranah si polan sorang ni, agak kemaluan untuk aku meminta pertolongan darinya. setidak-tidaknya aku cari alternatif. bukan aku benci, tapi aku sendiri akan segan. di waktu itu lah aku akan insaf.

    tapi, di kala itu aje lah :P

    yang kau kutuk-kutuk, kendian kau dengan senang hati mengguna pakai pertolongan orang tu, kenapa? lain kali jangan kutuk la!

    tapi kalau aku jadi si polan yang dikutuk kau sehingga habis perkataan, aku tak kisah. aku suka :)

    tapi, yang paling mustahak, belajaralah untuk tidak mengutuk. nescaya tiada yang buruk dalam perbuatan itu. tidak mengutuk, i mean :P


    Monday, June 28, 2010

    pengajaran aku


    mintak tolong
    kalau kau nak mintak tolong
    jangan terpekik terlolong
    bila aku tak dapat nak menolong

    wahai saudara
    aku dah cuba sehabis daya
    kalau bisa
    segala cara aku cuba

    tapi apakan daya
    daya aku tak cukup berjuta
    untuk tolong saudara

    tolonglah
    kalau kau marah
    itu bukan minta, itu kau arah
    memang bisa bikin aku marah

    saudara
    kalau kau rasa
    ikhlas aku sikit saja
    pergilah minta
    pada si manusia
    yang lebih sanggup, lebih perwira

    aku mintak diri
    jauh dari kau

    Tuesday, June 22, 2010

    ketiak

    hidup bebas dari pantauan ibu bapa bukanlah satu perkara yang aku impikan selama ini. kalau boleh nak melekat kat bawah ketiak mak bapak aku sampai tua. sampai mati. biarlah orang kata aku manja. biarlah orang kata aku tak reti nak berdikari.

    janji dapat ketiak mak bapak aku, itu sudah memadai.

    heh, hari ni kita berbicara pasal ketiak mak bapak aku. nak?

    okay, lupakan niat itu. nanti habis ketiak mak bapak aku tercemar reputasinya.

    gambar hiasan yang tiada kaitan dengan ketiak sape-sape kecuali ketiak jejaka handsome ni. taken from this website.

    okay, rasanya dah cukup lama kome sekalian tenung ketiak mamat tu. marilah kita berbalik pada topik aku kali ini. yang pasti tiada kaitan dengan ketiak doh.

    sejak aku duduk kat kampar ni, banyak yang berlainan kalau dibanding dengan hidup dengan mak bapak. hidup dengan mak bapak macam carefree sikit. tak payah risau banyak bende sangat.

    makan? bereh!
    minum? bereh!
    nak meniarap, tertonggang tertonggeng pun, tak perlu fikir dua tiga kali.

    tapi hidup berdikari ni, banyak yang perlu diambil kira.

    nak tertonggeng, fikir pasal baju dalam yang tak cuci lagi.
    nak tertonggang, fikir pasal tuition fees yang belum berbayar lagi.
    nak terberak pun fikir pasal itu, fikir pasal ini. berak tak ley concentrate doh!

    teringat time dulu-dulu, zaman merempat di rumah. mak masak ape je, semua sedap. nak-nak kalau mak masak makanan peberet kita. mangaihhh! nikmat hidup ni :)

    tapi duduk kampar, nak makan gulai pun, tunggu hari baik, bulan baik baru dapat. itupun kalau dapat. kalau tak, makanan rutin makcik cafe tu je la. sampai aku rase macam boleh je hapal menu-menu makcik tu. kalau tak ayam sambal, ayam masak gulai. kalau tak ikan pari, ikan kembung goreng.

    duduk kat rumah, kalu teringin laksa, request je. esok-esok mesti dapat.

    kalau kau request sekarang, kat kampar ni, kau tunggu mimpi laksa aje lah, okay.

    okay, aku nak pegi mimpi laksa kejap okay.

    adios amigos!





    Friday, May 28, 2010

    aku takut


    kematian
    antara perkara yang paling aku takuti. takut mati. takut melihat orang yang aku sayang mati. takut haiwan mati. takut pokok mati. jika benda yang aku sayang itu tak bernyawa, aku takut jika ianya dibuang. aku takut jika sesuatu benda itu dah tak boleh digunakan lalu dibuang atau diberi kepada orang lain.

    jadi ketakutan atau phobia ini telah terjurus ke kategori lain. aku takut akan kehilangan.

    dulu, kawan aku nak pindah sekolah, aku nangis. sebab aku terfikir jika dia akan masih ingat aku. aku terfikir sama ada kami akan berjumpa lagi atau tidak. macam-macam aku fikir.

    sadis, kan?

    dulu, aku kena turun kelas sebab kelas pertama khas untuk yang ambil subjek tertentu. aku sorang-sorang di kelas lain. walhal segala kawan aku di satu kelas yang sama. setahun aku menyepi. pasif-sepasifnya. diam, murung semua ada. aku tanya diri aku, kenapa semua ni jadi kat aku. kenapa aku kena duduk kelas ni sorang-sorang. sampai cikgu report kat bapak aku time bagi report kad. damn. aku diam je. nak aku kate aku diam sebab kawan aku kat kelas lain?

    nak kena lempang, buley la kan :)

    sadis, sangat-sangat.

    dulu, masa putus dengan kekasih, menangis macam dunia nak pecah dua.

    sumpah sadis.

    sampai sekarang, aku akan termenung kalau ada berita kematian orang yang ada dekat denga aku. jiran sekalipun. ada anak jiran aku meninggal sebab kemalangan. berhari aku terfikirkan dia. padahal tak pernah sembang. bertegur lagi haram. tapi aku terasa.

    ke aku yang over?

    sampai sekarang, jika ada babak orang menangisi kematian, aku sekali join menyumbang air mata. tapi aku sorok. cepat-cepat bukak mata luas-luas, dengan harapan air mata tersejat atau masuk balik dalam mata dan supaya tiada yang tahu. ya, aku keras diluar tapi bagaikan belon air yang bila masa boleh pecah di dalamnya. di depan orang, wah gagah. segagah jantan yang boleh menahan apa jua perasaan. tapi di dalam, akulah perempuan paling lemah.

    sampai sekarang, aku akan peluh sejuk bila teringatkan masa depan aku. bila mak bapak keluarga aku tiada. bila aku sendiri tiada. apa reaksi aku nanti? apa rupanya bila mereka tiada? apa rupanya bila aku sendiri pergi nanti?

    sampai sekarang aku rasa sayang nak buang barang-barang yang telah lama berkhidmat dengan aku. contohnya, dulu kami siap ambil gambar kereta kancil yang ayah nak jual. kami ambil gambar video tape player sekali dengan tape-tapenya masa ayah nak buang sebab dah tak boleh pakai. tapes yang menggunung tu sangat aku sayang. macam koleksi. sayangnya.

    ye, aku tahu aku ni freak.

    baca entri kak fynn pasal kematian ibundanya pun, air mata sebaldi tercurah.

    oh mai gawd dis gerl is a ferik! whad da fak?