Monday, September 13, 2010

sepalit kotoran yang menghantui

dosa yang aku bawak kemana-mana.
bukan ada siapa yang tahu.
nak diberitahu, malu.
aib.
semuanya ada.
dan jika aku ceritakan kisah mengarut ni kepada orang, barangkali aku sudah tidak akan ada mereka-mereka.

nanti aku tinggal hanya aku. keseorangan.

sebab pasti orang-orang yang aku hormati itu hilang hormatnya untuk aku. hilang percayanya untuk aku.

hanya itu harta aku. jika semua itu pun hilang, ke mana lagi mahu aku pergi?

ke lubang jahanam?

barangkali, ya.
tapi aku pengecut.
aku manusia hina.
yang maruahnya dicampak ke tepi.

aku bukan macam kau.
kuat.

aku bukan macam kau.
teguh.

aku goyah.
pendirian hilang.
pedoman musnah.

dulu riak.

padan dengan muka aku.
sebodoh-bodoh, itulah aku.
sehina-hina, itulah aku.

nak disalahkan orang lain.
aku jua yang memberi.
nak dimarahkan orang lain.
aku sendiri yang lemah.

mana pemutar masa yang aku idam-idamkan dulu?
mana magik yang bisa bawa aku kembali ke masa silam?

kerana jika boleh
aku mahu
supaya aku tiada
di dunia
agar senang hati semua
agar tak tercemar maruah
agar dosa ini takkan menghantui aku




Monday, September 6, 2010

tentang kamcing dan laici

bukan senang seseorang tu nak bergaul dengan mudah. aku pun sama. bukan semua orang kita boleh 'ngam'. bukan semua boleh diajak berbicara tentang hal yang sama. perkara yang aku bicara sama kawan aku, aku diamkan aja di depan orang lain.

contoh? LAICI.

hanya yang paling rapat dengan aku tahu apa maksud laici tu. benda ni bukan boleh kongsi dengan semua orang.

sama juga prinsipnya dengan pergaulan. bukan semua boleh kamcing dengan semua. kalau semua boleh ngam dengan semua, aman dunia ni kau tahu tak? mane nak cari pergaduhan macam tu?

*sigh*

tapi jangan pulak kita jadi si freak yang tak mahu jumpa orang lain selain kawan baik kita. jangan jadi macam aku. sebab aku kurang minatlah lepak-lepas bersama orang yang aku kurang kenal. lainlah kalau sama minat.

lainlah kalau lelaki! *LOL*

gurau-gurau malam. jangan mareh :P

sebab nanti aku akan jadi orang lain. bergerak salah. bercakap pun salah. diam pun serba tak kena. macam kena ikat. amorn pun tiba-tiba kelihatan angelic sungguh sampai semua orang terasa terharu dengan perubahan mendadak aku.

wtf! :P

jadi sebab tu aku prefer keluar dengan yang memang kenal aku. senang aku nak berseloroh bertepuk tampar berpeluk cium segala. dan mereka tahu aku siapa sebenarnya. kalau aku berseloroh hal lucah segala pun, akan dilayan.

kalau dengan orang lain, pasti aku dicop gatai.

walaupun aku memang gatai. tapi biarlah orang-orang yang penting saja tahu. seperti geng westlake. korang je tahu laici tu apa, kan?

heh pasti aku rindu korang gila babeng punya. sebab hanya dengan korang aku boleh berbicara bodoh. tapi aku tahu korang tak bodoh macam aku. malah setiap hari, korang semakin pandai setelah mendengar aku berseloroh lucah kan?

*bangga*

tersayu aku bila terfikir. 'cuti' lama aku tu terlalu lama. cukup lama untuk bikin hati gelisah. dan yang paling penting aku juga akan merindui geng westlake. i lap u all bebehs! :)

tentang aku yang perasan nak mengaku aku layak

raya dah nak dekat. aku masih di kampar. ye aku tahu, bukan aku yang patut bersedih aku di kampar sekarang.

sbb, "ala, kau bukan raye pun. yang kau sibuk kenapa?"

aku pun nak raya, salah ke? aku tahu aku ni ala-ala macam perasan aku ni layak beraya.

bukan sengaja aku nak menumpang. bukan saja aku tak mahu mengaku. tapi aku lebih sukakan kebiasaan. aku penat jadi freak. aku penat jadi si pelik hodoh yang entah mana asalnya.

maki la aku. marah la aku.

sekalipun aku tak layak, aku cuma inginkan ketenangan.