Monday, April 11, 2011

kite bako je belog nih



aku busan dengan belogkh ini. jum pindah keluaq sat. amek angin baru :)


Friday, January 21, 2011

KAK YAS TAG. AKU NAK TAG KAK AMANI.

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
KESAKSAMAAN ANTARA MANUSIA TANPA MENGIRA BANGSA, KELEBIHAN DARI SEGI HARTA ATAU KECERDIKAN DAN KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DAN HAIWAN.

(MEREPEK)

2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?
ROTI WHOLEMEAL HI5

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
NAK BUAT DALAM LAUT BOLEH? HARUSLAH COLOUR YANG DAPAT MEMBUAT ANDA TERPEGUN LIKE APPLE GREEN KE, PINK KE. TEMA? HIDUPAN LAUT. AKU JD MERMAID. LAKI AKU JADI TURTLE.

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
KORANG? SAPE TU? AKU? TAK LANSUNG. AKU BENCI JE.

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
SAMPAI KEKASIH AKU MATI. LEPAS TU AKU TUKAR KEKASIH LAIN.


6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
TAK JUMPA PUN.

7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
BELI? TAK INGAT.


8. Apakah nama penuh korang?
AMORNRAD RATTANAKTHADA


9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
DUA2. TIADA BEZANYA.

10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
MY ATOKS. TAPI KALAU JUMPA PUN AKU NAK CKP APE? ATAU, MUNGKIN AKU NAK JUMPA ORANG YANG BOLEH JADIKAN AKU KURUS.

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
AKU BASUH BAJU DALAM SENDIRI AJE.

12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
BUAT MASA NI, NAK G FLEA MARKET. BUKAN PASAR KUTU OKAY.

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
PELUK LA. CIUM TU KENE TGK SAPE YG NAK DICIUM. KALAU TAK GOSOK GIGI, HARAM AKU NAK CIUM.

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang
CINTA SGT KAT OTOMEN DYE TU HA.
MALAS MANDI
COMEL (YEKE?)

15. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
FAMILI AKU

KAWAN2 AKU

NOVEL2 AKU

...

...


16. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
BUAT MASA NI,
ROSE COLORED GLASS
GOT TO GO
ROCKETEER
PERFECT NIGHTMARE
NEGARAKU (KOT)

17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
3005. TAHUN LEPAS TAK SMBUT SGT PUN. ADE ORG BELANJA MAKAN. SYG MEREKA. HOPEFULLY THUN NI TAKDE SAPE WISH SBB AKU RASA MCM DAH TUA. WHAHAH!

18. 5 orang blogger yang korang nk tag
NAK TAG KAK AMANI PULOK LA

19. Cerita sikit blogger yang pertama korang tag
NAMA : SHARIFAH AMANI
DESKRIPSI : SENGAL AYAM

Monday, January 3, 2011

tentang kemaluan, sampah, minda orang malaysia dan iklan malaysia

huhh! lagi beberapa hari lagi untuk berdaftar di sekolah. cadangnya nak buat jahat. seperti selalu lah. siapa kata aku baik sila nilai semula! hahahaha! apa yang jahat tu, kau tanya? lepas aku dah buat nanti aku ceritakan. kalau cerita sekarang barangkali terpaksa batalkan rancangan jahat tu. tak hero (heroin?) lah nanti. lagipun, kalau dah riak bercerita kemudian tak jadi, malu besar okay. bak kata bapak aku, 'kemaluan besar'. sorry, bukan alat kemaluan kau orang tu ha. jangan nak kata aku lucah. lagipun kau orang tak ada alat kemaluan ke nak kecoh-kecoh? hahaha aku cakap alat tu kira bersopan lagi. kalau nama-nama lain, tak ke lagi kemaluan besar, kan? tapi aku tak hipokrit la macam kau orang. depan-depan mengata orang yang mencarut. belakang-belakang, sama je kaki carut jugak. haha!

okay, cukup-cukuplah tu dengan mengata orang. tabiat ni, bila nak buang ha? *cakap dengan diri sendiri*

tahun baru? apa ertinya? sekadar hoohaa hoohaa lepas tu continue life macam biasa, baik tak payah nak kecoh la. rakyat malaysia pun tak reti-reti nak berubah. dah raikan tahun baru, sampah merata-rata dibuang. macam binatang okay. at least, binatang tak buang sampah. tak pakai plastik-plastik lepas tu campak je. sapa-sapa terasa? jangan marah aku. aku cuma nak tolong bumi saja. adik mia sara pun tahu plastik tu tak elok. kau orang? masih hilang di alam khayalan kan?

dan aku agak suka tindakan kerajaan yang menguatkuasakan hari sabtu tanpa plastik tu. dulu selangor saja. sekarang satu negara. hambek kau. pandai2 la kau orang cari beg. ala, bukan tiap2 hari kan? kalau rasa tak setuju, jangan p beli-belah pada hari sabtu okay? garam takdak, pandai2la bayangkan masakan kau tu masin. hahah! :)

ni lagi satu aku tak puas hati. naik tahun baru pun sakit mata aku tengok tv. pertamanya ialah iklan2 yang aku rasa paling bangang sekali dalam hidup aku selama 20 tahun ni. opps dah 20 tahun kan aku? haha! nak taw iklan ape? ha kau orang cari sendiri. iklan ini menampilkan 3 orang pakcik dari berlainan bangsa. ada dua part. yang pertama, lokasinya di kedai minum. seorang pakcik tu mintak teh tarik untuk kawan2 dia. teka la kau orang. hahah! :) lagi satu part ialah di tempat yang sama, tetapi situasi yang berbeza. nak mintak jemputkan anak2. lepas tu siap berpeluk2 bemo emo pulak kat kedai makan tu.

i mean, wtf?

iklan yang tak menusuk jiwa pun. sebab situasi yang diberi macam tak logik. bukan takat tu, memang semualah tak logik. aku rasa nak hempuk je tv bila tengok.

okay, aku tak maw la kutuk orang yang buat atau mesej yang hendak disampaikan. aku rasa mesej tu penting. tapi cara mesej itu disampaikan cukup membuat aku meluat. kutuk sakan kan aku ni?

aku rasa cara penyampaian mesej2 dalam iklan2 di thailand lagi bagus. lagi mendalam dan pada aku, terus dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. dan bila mesej tu ada kaitan dengan kehidupan kita, nescaya mesej yang hendak disampaikan tu, akan lebih diterima dan seterusnya dijadikan pedoman hidup. ada yang lawak dan ada yang sedih. tapi itu semua realiti.

kadang2 manusia ni tak mahu mengaku sesetengah perkara yang mungkin pada pandangan mereka mengaibkan atau memalukan. tapi aku rasa dengan menampilkan realiti2 kehidupan ini, barulah iklan2 tu dapat difahami dan didalami. senang cerita kau orang tengok la iklan2 thailand tu. ada yang lucah. ada yang ter-over sikit. tapi mesej mendalam.







mesti orang yang buat iklan tu marah kalau baca ni. mesti dia kata, "kau pandai sangat kan? kau buat la sendiri tengok!"

tapi kalau mereka fikir macam tu, maknanya tak berwawasan la mereka. sepatutnya mereka improve la kalau tahu iklan2 tu tak membawa impak yang besar kepada rakyat malaysia.

jangan la hentam aku nanti * kata hati * hahah! :)

haih banyaknya mengata hari ini. penuh dah quota mengumpat untuk hari ini. esok2 pulak kita mengata okay?

adios amigos.